malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Zunar akan ambil tindakan terhadap 3 individu
Diterbitkan:  Apr 9, 2019 10:06 AM
Dikemaskini: 4:54 AM
ADS

Kartunis Zunar akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tiga individu yang memalsukan karyanya di media sosial, sekiranya mereka gagal melakukan permohonan maaf.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, selain karyanya diubah melalui Facebook dan Twitter, dia juga mendapati karya berkenaan telah ditambah dengan kata-kata berniat jahat, mengubah makna dan memfitnah bagi memusnahkan reputasinya.

“Pada ketika aduan dibuat, pemegang-pemegang akaun tersebut mungkin telah memadamkan hantaran tersebut, tetapi ia tidak bererti mereka terlepas daripada kesalahan jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap tiga pemegang akaun media sosial tersebut, iaitu Neezam Perkasa, Roslan Bian dan Tun Faisal.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan.

“Semua pemegang-pemegang akaun yang disebut di atas, diberi masa tujuh hari waktu bekerja untuk membuat satu status permohonan maaf terbuka kepada saya dalam akaun Facebook dan Twitter masing-masing.

“Dan kata-kata permohonan maaf ini terlebih dahulu mesti diluluskan oleh saya melalui email [email protected] atau mesej ke akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club.

“Kegagalan berbuat demikian akan disusuli dengan tindakan undang-undang. Saya telah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini,” katanya.

Namun katanya, tindakan undang-undang itu tidak tertakluk kepada tiga individu itu sahaja kerana pihaknya akan turut mengenal pasti individu lain yang turut melakukan perkara sama. 

Lihat Komen