malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nur mungkin beraksi di layar lebar
ADS

Kemenangan besar diraih drama Nur pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) malam tadi membuatkan pengarah Shahrulezad Mohameddin seolah-olah berada di awang-awangan.

Tidak mahu kejayaan Nur terhenti setakat di situ, Shahrulezad bercadang mahu membuka lembaran baru buat drama yang menjadi sohor kini (trending) hingga mencapai 11 juta tontonan di TV.

Menurutnya, jika fenomena drama itu mendapat sokongan peminat yang berterusan, Nur mungkin boleh difilemkan.

“Memang ada terfikir untuk memfilemkan Nur, tapi kena tengok dulu macam mana prestasi penonton untuk Nur 2,” katanya ketika yang ditemui selepas majlis DFKL 2019 berakhir.

Malam tadi menyaksikan Nur membawa pulang enam anugerah DFKL 2019 melalui kategori drama pilihan, pengarah pilihan, penulis skrip pilihan (Shahrulezad), aktor pilihan (Syafiq Kyle), pasangan pilihan (Syafiq Kyle dan Amyra Rosli) serta antagonis pilihan (Azhan Rani).

Acara itu berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, Shahrulezad yang turut mengarah drama Cinta Balqis itu berkata, semuanya masih di peringkat perbincangan dan perlu mengikut kesesuaian pasaran.

“Biasanya saya berpendapat sesuatu yang dibuat sekuel atau selain itu tak boleh pergi jauh.

“Macam Nur 2 ia diteruskan sebab ada permintaan tapi sebelum tu saya pastikan jalan ceritanya terasing (berlainan) dari Nur.

“Saya tak harapkan apa-apa. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya.

Namun pada masa sama, Shahrulezad berkata, semasa berkarya dia sebenarnya tidak suka menghasilkan sesuatu kerana terlalu mengikut arah aliran semasa.

“Kalau drama itu sesuai difilemkan, baru kita buat. Jika tidak, lebih baik tak payah.

“Saya bukan jenis yang ikut trend. Saya jenis suka berhenti makan kalau dah sedap. Jangan kita paksa orang makan lagi,” katanya.

Lihat Komen