malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sedekad dedah rahsia Remy Ishak
ADS

Melalui buku berjudul Sedekad, pelakon Remy Ishak menceritakan pengalaman pahit manis yang dilaluinya sebagai anak seni.

Selain itu dia turut berkongsi sisi gelap dirinya yang pernah berdepan masalah kemurungan.

Remy berkata buku tersebut merangkumi peristiwa yang dilaluinya yang tidak pernah dikongsikan kepada umum sejak mula bergiat aktif dalam dunia seni tanah air pada 2009.

“Dalam buku tersebut saya luahkan segala rasa terpendam mengenai pengalaman bergelar seorang penghibur.

“Saya juga mendedahkan masalah kemurungan yang pernah dihidapi,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak itu, Sedekad akan dilancarkan sempena sambutan ulang tahunnya ke-37, pada 11 April ini.

Mengulas lanjut, Remy berkata dia sudah lama berhasrat menulis buku tetapi tertangguh atas beberapa faktor.

“Alhamdulillah, selepas tertangguh, ia akan dilancarkan tidak lama lagi,” kata pelakon yang mula menempa nama dengan drama bersiri Nur Kasih itu.

Bagaimanapun, dia berkata Sedekad tidak akan menyentuh soal peribadinya dan peminat tahu dia bukanlah seorang yang gemar berbuat demikian.

Dalam pada itu, Remy berkata dia tetap merasakan masih jauh ketinggalan dalam pelbagai sudut walayu sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Bagi saya, walaupun karier seni bermula 10 tahun lalu, banyak perkara yang saya ketinggalan.

“Saya perlu mengejar semula apa yang masih tak cukup, antaranya merebut peluang dalam perniagaan dan memberi fokus pada karier lakonan,” kata pelakon Jiwa Taiko itu lagi.

Lihat Komen