malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Menteri' ajak makan malam tapi Vanessa minat ke kamar terus
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 10:22 PM
Dikemaskini: 2:22 PM
ADS

Perbicaraan kes pelacuran membabitkan artis Indonesia hari ini diberitahu, ada seorang menteri kabinet negara itu berminat untuk makan malam bersama Vanessa Angel.

Kata pegawai pendakwa raya, Winarko, seorang menteri - yang tidak didedahkan identitinya - menghubungi salah seorang ibu ayam yang menguruskan sindinet terbabit, Intan Permatasari atau lebih dikenali sebagai Nindy.

Kata Winarko menteri terbabit menawarkan Vanessa makan malam bersama pada 23 Dis tahun lalu namun pelakon terbabit menolaknya.

Apabila Nindy menghubungi Vanessa, 27, pelakon telemovie Cewek Cantik Pasar Burung itu menyatakan dia tidak berminat meluangkan masa makan malam dengan menteri berkenaan.

Sebaliknya kata Winarko, Vanessa hanya mahu memberikan layanan di dalam bilik atau ditempah untuk perkhidmatan seks.

“Harga yang dipatok apabila ingin menempah Vanessa ialah Rp60 juta (RM17,364) untuk tempoh yang singkat, tidak termasuk tiket kapal terbang pergi balik kelas perniagaan untuk dia dan pembantunya.

"Separuh bayaran dibuat sebagai deposit dan bakinya mesti dilunaskan ketika pesawat udara mendarat," kata Winarko seperti dipetik Tempo.

Identiti jadi tanda tanya

Untuk rekod Vanessa dicekup polis bersama seorang lelaki - yang didakwa pihak berkuasa sebagai tauke pasir - di sebuah kamar hotel mewah pada 5 Jan lalu.

Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan banyak bukti dan akhirnya Vanessa juga dijadikan salah seorang tertuduh dalam kes pelacuran kelas atasan yang diuruskan secara dalam talian.

Pada masa sama sekumpulan "emak-emak" mengecam tindakan pihak berkuasa menahan dan menjadikan Vanessa sebagai suspek.

Sebaliknya mereka mendakwa Vanessa adalah mangsa dalam rangkaian sindiket pelacuran terbabit.

Dalam perbicaraan di Surabaya hari ini nama seorang lagi ibu ayam, Tentri Novanta, turut dipetik Winarko.

Keterangan hari ini juga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai identiti menteri yang cuba mengajak Vanessa makan malam itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk didedahkan.

Lihat Komen