malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Syafiq ikhlaskan hati kalau bertemu jodoh dengan pelacur
ADS

Biarpun melacur adalah pekerjaan yang keji, masih ada yang sanggup menerima golongan itu seadanya jika sudah ditakdirkan berjodoh.

Dan individu itu pula seorang pelakon. Dia ialah Syafiq Kyle.

Bagi pelakon drama bersiri Nur 2, Syafiq Kyle, seseorang pelacur tidak semestinya kekal dalam kegiatan itu sehingga akhir nyawa.

Malah katanya seseorang yang banyak berdosa boleh menjadi mulia pada bila-bila masa.

Justeru, kata Syafiq, dia akan berlapang dada jika sudah tertulis jodohnya suatu hari nanti ialah wanita yang pernah menjual tubuh untuk mendapatkan wang.

“Pelacur ni seorang manusia biasa yang tak lari daripada inginkan kehidupan normal.

“Saya tak ada masalah untuk menerima kenyataan jika suatu hari nanti akan berkahwin dengan seorang pelacur,” katanya.

Cerita penunggang agama

Syafiq, 26, ditemui pada majlis pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur semalam.

Pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu juga menggesa agar masyarakat berhenti meletakkan label kepada golongan tersebut bagi mengelak mereka terus tenggelam dalam kegelapan.

“Pelacur hanya label, jadi berhenti melabel seseorang.

"Kita perlu hentikan melabel apa saja termasuk untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender atau pondan sekalipun,” katanya.

Drama susulan Nur, Nur 2, mengangkat kisah penunggang agama dan mula bersiaran malam tadi di TV3 mulai Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Syafiq yang popular kerana wataknya sebagai Ustaz Adam meneruskan kesinambungan aktiviti amal untuk menarik golongan wanita 'daerah lampu merah' untuk kembali ke pangkal jalan.

Nur 2 diarah dan ditulis oleh Shahrulezad Mohameddin.

Shahrulezad Mohameddin

Ditanya kebimbangannya untuk Nur 2 jika tidak dapat menyaingi fenomena sebelum ini, Syafiq berkata dia sekadar berserah kerana sudah memberikan yang terbaik.

Katanya, dia berharap penonton dapat melihat sendiri hasil kerja yang dicurahkannya untuk naskhah kali ini.

“Saya tidak akan kecewa sekiranya Nur 2 tidak mendapat sambutan hangat seperti Nur.

“Saya sudah berikan yang terbaik dan seikhlas hati dalam menghidupkan watak Ustaz Adam.

“Bagi saya jika kita ikhlas dalam sesuatu perkara yang kita buat, Allah akan bagi ganjarannya juga di akhirnya nanti,” katanya lagi.

Selain Syafiq, Nur 2 juga menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Noorkhiriah, Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azar Ami dan Eyra Hazali.

Lihat Komen