malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
AR Badul kena serangan jantung
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM
ADS

Pelakon dan pelawak veteran AR Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur akibat saluran darah di jantung tersumbat.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, berkata, Badul mengalami detik cemas apabila dia mengalai serangan jantung mengejut di rumah selepas Zuhur semalam.

“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.

“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.

“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Badul dimasukkan ke CCU jam 4 petang semalam.

Maizatul, bersyukur, keadaan suaminya semakin beransur pulih dan stabil. Katanya, Badul perlu berada di bawah pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,” katanya.

Maizatul berkata, Badul masih perlu menjalani satu lagi prosedur sama.

Dia juga berharap agar peminat dan rakan suaminya dapat mendoakan kesihatannya.

Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.

Lihat Komen