Pengiklanan

    Aktor Mexico mohon maaf keluar kata-kata sentuh sentimen kaum

    (Dikemaskini )

    Bintang drama televisyen Mexico memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata menyentuh sentimen perkauman terhadap aktres pribumi pertama yang mendapat pencalonan Pelakon Terbaik Anugerah Oscar ke-91, Yalitza Aparicio.

    Sebuah rakamam klip video muncul di Twitter pada Jumaat lalu menunjukkan aktor Sergio Goyri, 60, mengecam komuniti perfileman kerana mencalonkan “A fu**ing Indian who says, Yes, ma’am, no, ma’am.”

    Yalitza, 25, berasal dari Selatan Mexico, Oaxaca, diberi kepercayaan membawa watak sebagai pembantu rumah melalui filem - yang mendapat pujian pengkritik - Roma, di bawah arahan pengarah Alfonso Cuaron.

    Roma, menerima 10 pencalonan Oscar atau Anugerah Akademi termasuk kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Yalitza.

    Goyri kemudian tampil memuat naik sebuah rakaman klip video di media sosial untuk memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya

    “Yang saya nak cakap adalah saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa. Saya minta maaf kepada Yalitza yang berhak (menerima pencalonan Oscar) dan lebih dari itu.

    Pecah streotaip bangsa, darjat

    “Bagi saya, adalah satu penghormatan untuk melihat seorang warganegara Mexico mendapat pencalonan Oscar,” katanya seperti dipetik Reuters.

    Bagaimanapun, wakil Yalitza tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

    Selepas menerima pencalonan Oscar, Yalitza berkata dia amat optimistik kejayaannya itu nanti boleh membantu memecahkan stereotaip berhubung bangsa dan darjat.

    “Kamu harus biasa melihat seseorang di kaca televisyen yang tidak kelihatan seperti kamu,” katanya dalam satu wawancara sebelum ini.

    Untuk rekod, Cuaron pernah mengarah filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.

    Roma merupakan filem pertama edaran perkhidmatan streaming menerima pencalonan untuk Filem Terbaik Anugerah Akademi ke- 91 yang bakal berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, AS pada 24 Februari ini.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih