Pengiklanan

    China tapis imej lelaki pakai subang

    (Dikemaskini )

    Keputusan penyedia servis penstriman video di China menapis imej bahagian telinga pelakon lelaki yang memakai subang mencetus perbalahan ramai di media sosial.

    Imej diambil daripada program terbitan iQiyi - program seperti Netflix - memaparkan cuping telinga beberapa pelakon lelaki dikaburkan dan menjadi tular secara dalam talian.

    Di China, penggunaan tanda pagar #MaleTVStarsCan’tWearEarrings telah digunakan lebih daripad a 88,000 kali di Weibo. Ia menyaksikan pengguna meluahkan kemarahan mereka terhadap penapisan dibuat.

    Memetik BBC, kontroversi yang berlaku merupakan contoh paling terbaru program televisyen yang dikaburkan di China

    Selain pemakaian subang, budaya Hip Hop, tatu dan simbol Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender juga ditapis.

    Kebanyakan netizen menggunakan media sosial untuk mempertikai tindakan penapisan yang didakwa bertujuan melindungi peranan lelaki dan wanita.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan, impak selebriti lelaki yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan telah berubah menjadi isu panas di China.

    Seorang pengguna Weibo berkata: “Lelaki yang memakai subang adalah lembut, Genghis Khan juga begitu, kita patut sekat dia, dan padam daripada buku sejarah kita.”

    Bagi sesetengah yang lain mereka beranggapan tindakan ini sebagai diskriminasi seksual.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang menyatakan mereka bersetuju dengan keputusan kerajaan.

    “Saya sokong tindakan kerajaan, lelaki patut kelihatan seperti seorang lelaki,” kata seorang netizen.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih