Pengiklanan

    Anwar nyanyi lagu Alleycats 'Sampaikan Salam'


    (Dikemaskini )

    Tetamu yang hadir pada Majlis Malam Gala PKR malam ini pasti tak akan melupakan pengalaman menyaksikan persembahan istimewa presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

    Kali ini, Anwar dipelawa naik ke pentas oleh penyanyi Alleycats, David Arumugam untuk sama-sama menyanyikan lagu 'Sampaikan Salam' yang pernah menjadi hits suatu ketika dahulu.

    “Di mana presiden PKR? Saya tahu anda tahu lagu ini” tanya David sebelum mempelawa Anwar ke pentas.

    Sebaik melihat Anwar bangun dan berjalan menuju ke pentas, David memuji sikap santai anggota parlimen Port Dickson itu.

    That's a sporting man,” katanya.

    Biarpun kelihatan kekok menyanyi dan 'bergerak’ di atas pentas, Anwar tidak menghampakan permintaan penyanyi legenda tersebut.

    Anwar berjaya menamatkan lagu ikonik tersebut sehingga habis.

    Persembahan mereka turut diiringi anak perempuan mendiang Loganathan Arumugam, Dasya Logan. 

    Majlis Malam Gala PKR diadakan sempena pelantikan Anwar selaku presiden PKR yang baru dalam pemilihan yang lepas.

    Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Kerja Raya Baru Bian.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih