Pengiklanan

    Pakistan haram adegan intim, ranjang di TV

    (Dikemaskini )

    Jabatan Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (Pemra) mengumumkan saluran televisyen negara itu tidak lagi dibenarkan menayangkan sebarang adegan intim atau di atas ranjang kepada penonton.

    Menurut penguatkuasa penyelia kandungan media negara itu, kandungan bertemakan feminisme dan ‘berani’ didapati boleh menyinggung penonton.

    Pemra mengeluarkan amaran itu pada Selasa lalu, menggesa semua saluran menghormati peraturan sedia ada.

    Amaran itu sekali gus menghalang kandungan yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Pakistan dipaparkan kepada umum.

    “Babak atau dialog tidak sopan, hubungan luar nikah, keganasan, berpakaian tidak sesuai, adegan rogol, pelukan, adegan di atas katil, penggunaan dadah dan alkohol, saat-saat intim antara pasangan dipopularkan hingga mengabaikan budaya dan nilai-nilai murni di negara ini," kata Pemra seperti dipetik AFP.

    Menurut data dikeluarkan Pemra dan Gallup Pakistan, drama televisyen sejak kebelakangan ini banyak dilihat cuba mencabar cara konservatif diamalkan di negara berkenaan.

    Kebanyakan berlatar belakangkan plot-plot yang menggambarkan isu sosial seperti keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan keganasan terhadap wanita.

    Aktivis bagaimanapun melihat isu terbabit mempunyai potensi kepada perubahan sosial.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih