malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Isu larangan merokok 'selesai' kalau Sharnaaz jadi menteri
Diterbitkan:  Jan 10, 2019 3:24 PM
Dikemaskini: 7:39 AM
ADS

Sharnaaz Ahmad menawarkan dirinya untuk menjadi 'menteri' sekali gus menyelesaikan isu larangan merokok yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu.

Pelakon yang memang selalu lantang bersuara di media sosial itu juga mengulas berhubung penguatkuasaan lokasi bebas asap rokok yang dirasakannya dilakukan terlalu drastik.

Melalui beberapa siri ciapan di Twitter, Sharnaaz mencadangkan pelaksanaan langkah-langkah larangan merokok wajar dijalankan secara berperingkat.

“Malaysia ni kalau nak buat sesuatu akta baru kena berperingkat, step by step oohh baby-lah... buat petak kuning untuk perokok, meja asing jauh dari bukan perokok.

“Kena perlahan-lahan, sampailah dah cukup didik bangsa Malaysia ni, baru full blast.. eh mai aku jadi menteri lah,” ciapnya.

 Luahan Sharnaaz itu sebenarnya bermula sejak 8 Jan lalu.

Ketika itu, pelakon filem Darah Panas itu meluahkan rasa tidak berpuas hati berhubung larangan dan denda yang boleh dikenakan terhadap perokok yang melanggar undang-undang.

Sharnaaz dalam kenyataannya itu membanding-bandingkan hukuman ke atas perokok dengan tindakan dikenakan terhadap netizen yang didakwa menghina institusi raja dalam negara.

Itu pun salah

“Dahsyat undang-undang Malaysia, hisap rokok kena denda sampai penjara, tapi menghina raja atau Agong, kena gantung kerja ja?

“Lepas tu minta maaf, selesai. Baik aku hisap rokok ja lepas tu (cakap) opps sorry Ni musibat mana ajaq buat undang undang ni?” ciapnya.

 Ia susulan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 baru-baru ini.

Peletakan jawatan baginda mengundang respon pelbagai di media sosial hingga ada beberapa netizen didakwa meninggalkan komen menghina.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata luahan itu tidak bermaksud dia enggan menerima undang-undang yang sudah diwartakan kerajaan.

“Memang baik larangan tu, kami perokok sambut dengan baik," katanya.

Malah kata Sharnaaz, dia sudah berhenti menghisap rokok dan hanya menghisap vape.

“Saya dah berhenti merokok, saya vape… tu pun salah,” katanya sebagai respon kepada salah seorang pengikutnya yang mengajak supaya berhenti menghisap rokok.

Lihat Komen