malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Habib Jewels akui khilaf gambar Elfira dan Sufian
Diterbitkan:  Jan 8, 2019 10:23 PM
Dikemaskini: Jan 9, 2019 1:30 AM
ADS

Syarikat Habib Jewels tampil memohon maaf selepas menyedari kesilapan memuat naik gambar lama Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy ketika mereka diraikan sebagai pasangan dalam satu majlis tunang.

Menurut syarikat menjual barangan kemas itu, kesilapan itu didapati dilakukan oleh kakitangan mereka yang bekerja di jabatan media sosial.

Kata kenyataan itu, tujuan asal mereka memuat naik gambar berkenaan adalah bagi meraikan Elfira yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu.

"Berkenaan gambar salah yang kami muat naik untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang artis tempatan yang baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini ia dilakukan oleh bahagian media sosial.

"Kami meminta maaf kepada artis, suami dan peminatnya atas kesilapan itu dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan itu," kata Habib Jewels pada hantaran dimuat naik di Facebook rasmi syarikat berkenaan kira-kira sejam lalu.

Gambar berkenaan memaparkan Elfira dan Sufian yang dirakam ketika mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 tetapi ikatan itu kemudian dibatalkan Febuari tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini sebentar tadi gambar Sufian dan Elfira telah diturunkan daripada akaun Habib Jewels.

Selepas pertunangannya dengan Sufian berakhir, Elfira berkahwin dengan pemuda yang bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi bernama Muhammad Faris Khairol Anuar.

Lihat Komen