malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Cuma S - A - J - A - T, tak ada Muhammad'
Diterbitkan:  Dec 20, 2018 5:30 PM
Dikemaskini: 9:32 AM
ADS

Selepas namanya menjadi perhatian ramai semalam, hari ini Nur Sajat tampil menyanggah laporan yang mendakwa ada kalimah "Muhammad".

Kata ahli perniagaan dan penyanyi itu namanya hanya Sajat Kamaruzaman dan ia sama seperti yang tertera pada kad pengenalannya.

"Nama saya bukan Muhammad Sajjad, tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.

“Nama dalam IC hanya S...A...J...A...T... Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun," katanya seperti dipetik mStar Online hari ini.

Semalam Nur Sajat, 33, didenda oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia. 

Mengikut peruntukan Seksyen 41 (6) Akta GST, kegagalan menunjukkan penyata boleh membuat Nur Sajat dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Nur Sajat bukanlah asing dalam kontroversi. Selain dikecam kerana beberapa isu, dia juga pernah menarik perhatian ramai apabila jantinanya dipertikaikan.

Buat apa tunjuk IC

Menurut penyanyi Bobo Di Mana dan Makhluk Penggoda itu, perkataan “Nur” hanya tambahan digunakan pada awal namanya.

Katanya ia merupakan panggilan di laman sosial selain turut digunakan sebagai nama syarikat ditubuhkannya.

Selain itu, Nur Sajat mempertikaikan laporan yang hanya menyebut namanya saja sedangkan kes GST tersebut membabitkan syarikat kosmetik yang diusahakannya.

“Kes tersebut antara syarikat saya dengan mahkamah dan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), kenapa mereka (media) tak sebut nama syarikat saya?

“OK, saya tahu (nama disebut) sebab saya adalah selebriti dan ramai mengenali saya, tetapi mereka sebut nama saya pun salah,” katanya.

Mengulas mengenai ketiadaan kad pengenalan di mahkamah, Nur Sajat bagaimanapun berkata dia sememangnya membawa dokumen pengenalan diri itu.

Cuma katanya dia tidak membawa kad pengenalan (IC) apabila ke luar negara kerana dokumen yag diperlukan di luar Malaysia ialah pasport.

Dan kebetulan katanya dia baru pulang dari luar negara semasa hadir di mahkamah semalam.


Baca Cukuplah, raju Sajat


Ditanya mengenai kesediaannya untuk menunjukkan kad pengenalan kepada umum bagi merungkai tanda tanya orang ramai, Nur Sajat menjawab bahawa tiada kepentingan untuk dia berbuat demikian.

“Kenapa saya kena tunjuk IC semata-mata nak puaskan hati mereka? Nanti orang salah guna, sekarang ni dah makin ramai scammer (penipu), jadi saya perlu lebih berwaspada.

“Kad pengenalan adalah dokumen pengenalan peribadi, kenapa kena tunjuk pada orang ramai? Jadi, hormatilah privasi saya," katanya.

Dia yang juga mengusahakan perniagaan emas itu menyatakan tidak akan teragak-agak untuk membawa apa saja isu yang dirasakan perlu ke mahkamah bagi menjaga nama baiknya.

Lihat Komen