malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Empayar Lucas ungguli takhta kekayaan selebriti AS
Diterbitkan:  Dec 19, 2018 11:48 AM
Dikemaskini: 3:48 AM
ADS

Empayar Star Wars George Lucas menduduki tangga teratas dalam senarai selebriti terkaya Amerika Syarikat bagi acara ketiga tahunan majalah Forbes.

Forbes mendedahkan nilai bersih penulis, pengarah dan penerbit berusia 74 tahun itu dianggarkan berjumlah AS$5.4 bilion, sekali gus mengungguli senarai berkenaan yang merangkumi atlet, pemuzik dan ahli silap mata.

“Kebanyakan kekayaan Lucas datang daripada jualan syarikat produksi Lucas Film berjumlah AS$4.05 bilion kepada Walt Disney,” menurut kenyataan itu seperti dipetik Reuters.

Angka-angka dalam senarai Forbes dianggarkan berdasarkan kepada harta benda, seni dan saham syarikat serta aset-aset lain dan anggaran pendapatan seumur hidup seseorang selebriti.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan angka berkenaan secara terperinci.

Steven Spielberg

Rakan seangkatan Lucas, Steven Spielberg, yang baru menyambut ulang tahunnya ke-72 pada Selasa, jatuh pada tangga kedua, dengan anggaran nilai bersih AS$ 3.7 bilion.

Sepanjang kira-kira 50 tahun kerjaya Spielberg sebagai pengarah, penulis dan penerbit filem beliau berjaya menghasilkan filem-filem box office seperti Jaws, ET, Raiders of the Lost Ark, Schindler’s List dan Saving Private Ryan.

Menurut Forbes, gabungan aset selebriti dalam senarai itu dianggarkan sebanyak AS$18.7 bilion melebihi daripada keluaran kasar produk Iceland.

Oprah Winfrey

Bagi selebriti wanita terkaya, gelaran itu dirangkul oleh Oprah Winfrey, 64. Melalui karier lakonan dan perusahaan media Oprah, pengacara itu berada pada tempat ketiga secara keseluruhan dengan nilai bersih kira-kira AS$2.8 bilion

Legenda bola keranjang Michael Jordan meningkatkan nilai bersihnya dengan anggaran AS$400 juta sejak beberapa tahun kebelakangan ini kebanyakannya melalui urus niaga selama 34 tahun dengan syarikat kasut Nike Inc dan sahamnya dalam Charlotte Hornets.

Nilai bersih Jordan dianggarkan AS$1.7 bilion, menjadikan atlet itu berada pada tangga keempat.

Majalah perniagaan AS berkenaan turut menyenaraikan wajah baru dalam senarai Forbes tahun ini iaitu pelakon rancangan realiti televisyen dan adik tiri kepada selebriti Kim Kardashian, Kylie Jenner.

Kylie Jenner

Kekayaan Kylie semakin meningkat melalui jenama produk Kylie Cosmetics menjadikan selebriti berusia 21 tahun itu sebagai jutawan paling muda di usianya.

Namun, kedudukan Kylie berada pada kedudukan seri dengan penyanyi rap Jay Z di tempat kelima, masing-masing dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$900 juta.

Antara selebriti lain juga termasuk dalam senarai itu adalah ahli silap mata David Copperfield yang mengumpulkan kekayaannya melalui 600 pertunjukan setiap tahun di Las Vegas, penyanyi rap Diddy, pemain golf Tiger Woods dan penulis James Petterson.

Lihat Komen