malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Timb menteri: Jawatan pengerusi Finas sudah ada
ADS

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Eddin Syazlee Shith berkata kementerian sudah menyenaraikan nama-nama baru yang bakal mengisi jawatan tertinggi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Barisan baru kepimpinan Finas sudah ada, cuma kena tunggu pengumuman daripada menteri (Gobind Singh Deo) dalam masa terdekat.

"Beliau sekarang berada di Bali,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan laporan golongan penerbit dan pengarah meluahkan kekecewaan mereka apabila tiada penjawat bagi kedudukan ketua pengarah dan timbalan pengarah Finas. 

Keluh-kesah itu timbul berikutan keputusan penting sukar dicapai dan tiada kelulusan untuk sesuatu geran yang dipohon kerana bidang kuasa terhad pemangku ketua pengarah atau timbalannya. 

ADS

Bagaimanapun, Eddin menjelaskan, beliau difahamkan menterinya memerlukan masa sebelum boleh membuat sebarang pengumuman berhubung satu-satu keputusan penting membabitkan Finas.

“Ia bukanlah satu keputusan mudah,” katanya.

Kata beliau, buat masa sekarang, fokus utama perbadanan yang menggalakkan penghasilan karya filem negara itu adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman Finas.

“Di samping pimpinan Finas dan ahli lembaga (dan) sebagainya, perkara penting adalah untuk selesaikan masalah dalaman Finas sendiri.

"Barulah pimpinan baru Finas boleh dibentuk,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen