SENI & HIBURAN

Elfira Loy, Fazura akur sambung bulu mata jejaskan solat

18 Okt 2018, 5:36 pagi

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Sekilas pandang, memang nampak asli, tetapi kesan bulu mata lentik itu sebenarnya diperoleh si pemakai selepas membuat sambungan (eyelash extension).

Pakar bedah mata, Prof Datuk Dr Muhaya berkata, penggunaan sambungan bulu mata dikhuatiri mengakibatkan solat tidak sah.

Menurut Dr Muhaya, sambungan bulu mata yang menjadi ikutan wanita itu menggunakan gam pelekat yang menyebabkan air wuduk tidak sempurna.

“Statistik 90 peratus orang Malaysia tidak solat lima waktu, tetapi yang 10 peratus solat lima waktu itu nak tanya sama ada wuduk mereka sempurna atau tidak.

“Saya sudah buat kajian, sebagai pakar, orang yang buat sambungan bulu mata plastik itu dilekatkan gam.

“Gam yang menutup bulu mata apabila ambil air wuduk tidak sah wuduk,” katanya di Instagram.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takut tak dengar ni?

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

 

Penjelasan Dr Muhaya ke atas sambungan bulu mata menyedarkan netizen termasuk dalam kalangan artis.

Antaranya, pelakon Elfira Loy (bawah) yang meluahkan perasaan lega selepas mendapat penjelasan pakar berkenaan berhubung pemakaian sambungan bulu mata.

“Terima kasih @profmuhaya. Sekarang saya benar-benar 100 peratus pasti tidak boleh membuat sambungan bulu mata. Terima kasih juga mama sebab marah suruh cabut la la tu juga,” katanya.

Dr Muhaya atau lebih mesra digelar bonda itu sering menggunakan Facebook dan Instagram sebagai medium untuk memberi motivasi berkaitan pembangunan diri, kesihatan mahupun agama.

Selain Elfira, seorang lagi pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkata, penerangan Dr Muhaya menguatkan lagi andaiannya mengenai sambungan bulu mata itu sebelum ini.

“Betul tanggapan, Faz. Sambungan bulu mata tak sah wuduk. Terima kasih atas penerangan bonda,” katanya.

Dalam pada itu Dr Muhaya menggesa wanita yang menceburkan diri sebagai pengusaha spa mahupun produk tempatan untuk tidak hanya mementingkan kecantikan fizikal.

Sebaliknya, penerima Pingat Jasa Negara (PJN) itu menasihatkan sebagai seorang wanita Muslim, mereka wajar menjaga kebersihan jiwa.

“Fizikal makanan ulat, yang penting kebersihan jiwa, apabila hati bersih nur cahaya tu akan menampakkan kita cantik. Cuba fikir,” katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen