malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Fasha, Aidil saling bertemu keluarga masing-masing
ADS

Walaupun masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, pelakon Fasha Sandha mendedahkan dirinya sudah bertemu dengan keluarga Aidil Aiziz dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, Fasha enggan bercakap berlebih-lebihan mengenai hubungan yang mula dihidu pihak media bermula Jun lalu itu.

“Saya dan keluarga Aidil sudah saling mengenali. Saya dan dia masih berkawan saja seperti pernah ditegaskan dulu.

“Tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku kepada hubungan ini pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis memperkenalkannya sebagai duta ubat gigi keluaran Aura White di Meet & Dine, Batu 9 Cheras, petang tadi.

Fasha, 34, juga enggan memberi komen mengenai kesediaannya untuk membawa hubungan berkenaan ke fasa lebih serius.

Fasha yang pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu berkata kedua-dua anaknya, Puteri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal selesa dengan aktor berkenaan.

“Anak-anak rapat dengan dia. Anak kedua saya rapat dengan Aidil sedangkan dia susah nak rapat dengan lelaki lain. Mungkin Aidil mempunyai perwatakan yang mudah didekati budak-budak,” katanya.

Terdahulu, hubungan mereka hangat diperkatakan selepas tersebar sebuah video memaparkan Fasha dan Aidil berpelukan di sebuah lapangan terbang.

Lihat Komen