malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Filem Rise: Ini Kalilah menjengah pawagam tak lama lagi
Diterbitkan:  Aug 5, 2018 8:36 PM
Dikemaskini: 12:40 PM
ADS

Filem Rise: Ini Kalilah yang bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu dijangka ditayangkan bersempena Hari Malaysia, 13 Sept ini.

Penerbit filem itu Fred Chong berkata Rise: Ini Kalilah merupakan sebuah filem berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi daripada semua kelompok rakyat Malaysia yang berganding bahu keluar mengundi untuk sebuah negara yang baru.

Katanya, filem itu juga merupakan penghargaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinannya kerana berjaya mencapai matlamat yang boleh dikatakan hampir mustahil dilaksanakan.

"Penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Berlatar belakang detik-detik waktu mendebarkan dalam catatan sejarah Malaysia, projek filem ini dilancarkan tepat pada masa tatkala Malaysia mengalami perubahan yang terpenting selepas 61 tahun mendapat kemerdekaan," kata beliau.

Bercakap pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Chong berkata filem itu menampilkan kolaborasi tiga pengarah termasyhur iaitu Saw Teog Hin yang pernah mengarah filem Puteri Gunung Ledang, Nik Amir Mustapha (Terbaik Dari Langit) dan Prem Nath (Vere Vazhi Ille).

"Mereka bertiga berjaya menempuhi cabaran yang paling getir untuk menghabiskan produksi filem dalam masa yang singkat iaitu sekadar tiga bulan sahaja.

“Filem ini dibintangi gandingan pelakon hebat iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah, " katanya.

- Bernama

Lihat Komen