malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Robbie Williams mungkin didenda kerana acung jari tengah
Diterbitkan:  Jun 15, 2018 9:56 PM
Dikemaskini: 2:33 PM
ADS

Penyanyi pop Inggeris, Robbie Williams berkemungkinan didenda pihak berkuasa Rusia susulan tindakannya mengacungkan jari tengah dalam acara pembukaan Piala Dunia 2018.

Williams melakukan tindakan itu semalam di hadapan kamera yang turut disiarkan secara langsung melalui siaran Fox.

Pihak berkuasa Rusia pada 2014 telah memperkenalkan undang-undang melarang penggunaan bahasa dan gerak badan lucah dalam seni dan hiburan yang memungkinkan Williams didenda.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Rusia Aida Garifullina yang digandingkan dengan Williams pada persembahan di Stadium Luzhniki itu mempertahankan Williams.

"Dia tidak seharusnya disusahkan kerana tindakannya itu. Rakyat Rusia sangat menggemari Williams. Kami tergila-gilakan dengan muzik Williams apabila dia mengunjungi Rusia.

"Mungkin lain kali kami akan nyanyi lagu Party Like A Russian," katanya," katanya merujuk lagu Williams yang menjadi kontroversi kerana dikatakan membuat stereotaip tentang orang Rusia.

Ramai pihak percaya, Williams melakukan hal itu sebagai mempersenda pengkritiknya yang sebelum ini menggesa agar dia tidak menerima jemputan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Piala Dunia 2018 membuka tirai semalam dengan menyaksikan tuan rumah Rusia membenam Arab Saudi 5-0.

Lihat Komen