malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Achey, isteri kini teruja membelai orang ketiga
Diterbitkan:  Jun 13, 2018 4:37 PM
Dikemaskini: 9:16 AM
ADS

Pada kebanyakan orang perayaan Aidilfitri biasanya disambut dengan mengganti perhiasan serba baru sebagai cara untuk membawa keceriaan sempena sambutan yang datang setahun sekali itu.

Tetapi berbeza bagi pelawak, Achey. Selepas lapan tahun bersama pasangannya, Syawal kali ini disambut lebih meriah apabila pelawak itu menerima kehadiran ‘tetamu’ baru dalam hidup mereka.

Menurut Achey dia dan Nor Hasanah Yahaya menemukan cara tepat untuk memberi makna keriangan hari raya kali ini, iaitu meraikannya dengan seorang anak angkat.

Rezeki berkenaan, kata Achey, tiba ke pangkuannya pada 22 Mei lalu.

“Alhamdulillah, rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Selepas lapan tahun bersama masih belum punyai rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Pada Ramadan keenam, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” katanya.

Pemilik nama penuh Mohd Nasir Hamzah itu serta Nor Hasanah menamakan bayi berkenaan dengan panggilan Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Menurut anggota kumpulan Bocey itu, Tiara dilahirkan kira-kira jam 8 malam pada 15 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, menjawab pelbagai spekulasi yang muncul ekoran Nor Hasanah jarang dilihat bersamanya, Achey menjawab isterinya itu sebenarnya pulang ke kampung.

“Selama sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey... ramai tertanya-tanya kami gaduh ke? Sakit ke?

“Jawapannya menjaga (mak) Tiara dalam pantang... tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata hebat…

“Yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembira tak terkata,” katanya.

Achey juga berharap pengikutnya di media sosial mendoakan kesejahteraan Tiara selain dapat menerima kehadiran cahaya mata baru mereka itu.

“Semoga @tiara_zinniharaofficial menjadi anak solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya.

“Raya ini kami bertiga. Yeayyyyyy!,” katanya.

Lihat Komen