malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nabila dakwa ibu tiri punca tak beraya dengan Amy
Diterbitkan:  Jun 12, 2018 11:42 PM
Dikemaskini: 5:05 PM
ADS

Berbaki dua hari lagi umat Islam dijangka menyambut ketibaan Syawal, Nabila Huda meluahkan rasa geram terhadap ibu tirinya yang didakwa menjadi punca hubungan dengan bapanya renggang.

Kata Nabila, 33, dia tidak mampu mendiamkan diri lebih-lebih lagi sudah tiga tahun tidak berkesempatan meraikan Aidilfitri bersama bapanya,  vokalis Search, Amy.

“Tidak, aku tidak akan menangis lagi. Sudah melalui banyak perkara sukar sejak dulu. Cukup-cukuplah.

“Terima kasih la sebabkan kau lagi, tahun ini masuk tahun ketiga aku tak beraya dengan bapak aku. Dan aku tahu kau cuba buat dia gembira but to bad my beloved step mother. Aku anak pertama dia.

“Macam mana pun kau cuba buat, aku tetap yang pertama buat dia. Buatlah dia gembira macam mana pun dia tetap takkan gembira sebab berjauhan dengan aku. Anak pertama dia hasil cinta pertama dia,” luahnya.

Nabila memuat naik luahan berkenaan menerusi Insta Story di laman Intagram miliknya.

Hubungan Nabila dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan sebelum ini diketahui dingin sejak bertahun lalu, malah mereka berdua pernah dilihat berbalas kenyataan di media sosial.

Dalam kenyataan panjang lebar di media sosial itu, Nabila turut mendakwa dirinya pernah dihalau keluar rumah oleh Norhasriza atau lebih dikenali sebagai Norish.

“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?

“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu," dakwanya.

Malah, Nabila turut mendakwa ibu tirinya pernah menjauhkan dia dengan anak perempuannya, Keisha Laila.

“Kau pembawa masalah dari dulu sampai sekarang tapi aku diamkan je. Aku layankan, fikir bapak aku.

“Kau pisahkan aku dengan anak aku selama setahun pandai-pandai buat keputusan tanpa kebenaran aku. Tak langsung rasa bersalah,”luahnya.

Malaysiakini sudah cuba menghubungi Norish bagi mendapatkan respon mengenai tuduhan Nabila terhadapnya.

Lihat Komen