malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nasib malang anak Rohingya melekat di hati Priyanka
Diterbitkan:  May 25, 2018 9:27 PM
Dikemaskini: 1:53 PM
ADS

Duta Unicef Priyanka Chopra menggesa masyarakat antarabangsa meningkatkan sokongan untuk wanita dan kanak-kanak pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

Kenyataan bekas ratu cantik Miss World 2000 itu dibuat selepas dia melawat kem pelarian Kutupalong-Balukhali di Cox’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini.

Menurut aktres Bollywood yang semakin mencipta nama di Hollywood itu dunia perlu menangani krisis kanak-kanak Rohingya yang hidup serba kekurangan di kem pelarian berkenaan.

Katanya di situ mereka terpaksa menjalani hidup seharian tanpa kemudahan asas seperti makanan, air bersih, tempat perlindungan, kemudahan sanitasi yang baik dan pendidikan.

“Seseorang kanak-kanak masih tetap kanak-kanak, tidak kira dari mana mereka datang atau ke mana mereka pergi.

"Apa yang ibu bapa mereka buat, agama apa mereka anuti, dari negara mana mereka datang, ia bukan perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia ini di bawah tanggung jawab global dan rakyat global istimewa seperti kita.

“Justeru, saya menyertai lawatan ini adalah untuk menyebarkan mesej ke seluruh dunia agar masing-masing mempunyai belas ihsan, memikirkan masa depan kita dan kanak-kanak melalui kaca mata mereka," katanya.

Hanya nampak darah, keganasan

Bintang drama bersiri The Quantico itu menambah seseorang kanak-kanak tidak mempunyai apa-apa di kem pelarian berkenaan.

Dari sehari ke sehari katanya mereka semakin terdedah kepada ancaman penyakit seperti taun, cirit-birit atau mati disebabkan kekurangan zat.

Krisis di negeri Rakhine, Myanmar setakat ini memaksa hampir sejuta etnik Rohingya meninggalkan kampung masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Kebanyakan mereka memilih Bangladesh yang berada di lokasi paling hampir dengan Rakhine, manakala selebihany mencuba nasib ke negara lain termasuk Malaysia.

Krisis di Rakhine berpunca daripada penindasan ke atas penduduk Rohingya yang beragama Islam. Myanmar yang ditadbir oleh rejim Buddha menafikan mereka terlibat dalam pembersihan etnik di Rakhine.

Jika tidak melarikan diri etnik Rohingya mungkin dibunuh, dirogol malah ada yang dibaka hidup-hidup.

Pada Mac lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merayu dunia menyumbang dana sebanyak AS$951 juta untuk membantu pelarian Rohingya bagi sepanjang tahun.

Malangnya reaksi yang diterima sangat negatif apabila kurang daripada 20 peratus daripada jumlah itu diterima.

 

 

When Mansur Ali, 12 yrs old, first came to the Child Friendly Space (CFS) at the Balukhali camp, he was only drawing scenes of bloodshed and violence. Helicopters shooting at him and his friends playing soccer... or his village and home being on fire with burning bodies all around him.. Today, his drawings reflect a more hopeful story, one we would like all these children to have. Since the #Rohingya children have arrived in Cox’s Bazar, they have been living in overcrowded camps with no real place that to call their own. Imagine a space that lets you forget your troubles and be a child again... even if its only for just a few hours a day. For the Rohingya children, over 300,000, in the camps in Bangladesh this is the only space that allows them to be kids. These Child Friendly Spaces created by @unicef give kids access to art, music, dance, sport, and counselling etc. The space has often proved to be very therapeutic, helping these kids deal with the horrific situations they faced.. the @unicef aid workers work tirelessly to make sure these children find their spirit again. It doesn’t matter where a child is from or what his or her circumstances are... NO child deserves a life without hope for the future. The world needs to care. We need to care. Please lend your support at www.supportunicef.org #childrenuprooted @unicef @unicefbangladesh

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on

 

Lawatan Priyanka bersama Unicef selama empat hari bermula di kem Hariakhali di daerah kecil Teknaf di Cox's Bazar diikuti kem Unchiprang yang ketika ini menempatkan 30,000 pelarian Rohingya.

Sementara itu melalui Instagram Priyanka, 34, berkongsi kisah sedih dan harapannya terhadap nasib kanak-kanak Rohingya.

Antaranya dia menceritakan kisah Mansur Ali yang berusia 12 tahun.


Baca Bono U2 gesa Suu Kyi letak jawatan


“Apabila Mansur Ali pertama kali menjejak kaki ke Child Friendly Space (CFS) di kem Balukhali dia hanya pandai menggambarkan pertumpahan darah dan keganasan dalam lukisannya.

“Helikopter menembak ke arahnya sewaktu dia dan rakan-rakannya bermain bola sepak... atau kampung dan kediamannya hangus dijilat api dengan mayat terbakar di sekelilingnya.

“Tetapi hari ini Mansur sudah pandai melukis subjek yang mencerminkan harapan, inilah yang kita mahu daripada kanak-kanak itu,” katanya.

Melalui CFS, Unicef memberi kemudahan pendidikan seni, muzik, tarian, sukan dan khidmat kaunseling kepada kanak-kanak Rohingya.

Lihat Komen