malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Virgoun lindungi isteri dari fitnah dengan purdah
Diterbitkan:  May 23, 2018 2:45 PM
Dikemaskini: 7:04 AM
ADS

Tidak rela wajah cantik isterinya membuat lelaki lain kerap tergoda, penyanyi mualaf dari Indonesia Virgoun memutuskan agar Ina Idola Rusli memakai purdah.

Melalui imej dimuat naik bersama anak dan Ina atau lebih mesra dipanggil Inara, Virgoun, 31, membahaskan mengenai wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli Syurga.

“Selain hijab adalah sunnah. Perempuan ahli Syurga apabila di rumah (dia) kebarat-baratan (seksi untuk suami).

"Di luar rumah dia memakai kearab-araban (menutup aurat seperti wanita Arab),” katanya di media sosial.

Untuk rekod, penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu memeluk Islam pada 2013 selepas mendapat hidayah apabila membaca terjemahan ayat suci al-Quran.

Manakala Inara yang mengikut jejak langkah suami mendalami ilmu agama kini mempunyai penampilan jauh berbeza berbanding dulu.

Inara bukan lagi wanita yang pernah tampil seksi walau di mana-mana rancangan televisyen mahupun sewaktu pernah menganggotai band Bexxa sebelum ini.

Daripada berhijab, Inara kemudian belajar memakai purdah dari seorang isteri ilmuwan, Derry Sulaiman.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan rock popular Indonesia, Last Child, itu menyarankan pemakaian purdah dibuat oleh wanita yang ingin mengelak daripada terjebak fitnah.

“Perempuan yang digalakkan memakai purdah adalah wanita yang mempunyai wajah cantik hingga mendatangkan masalah dan fitnah.

“Justeru, pertanyaan saya untuk saudari-saudari seiman ku... adakah anda berasa wajah anda amat cantik hingga harus ditutup atau biasa-biasa sahaja atau tidak cantik hingga tidak perlu ditutup?” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Inara pernah digoda seorang usahawan kaya-raya yang sudah berkahwin sewaktu dia dan suaminya mengalami masalah kewangan.

Lihat Komen