malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sarimah Ibrahim kecewa rugi RM40,000
Diterbitkan:  May 23, 2018 1:26 PM
Dikemaskini: 5:32 AM
ADS

Pengacara Sarimah Ibrahim, mendedahkan pernah hampir berputus asa untuk meneruskan hasratnya memulakan perniagaan selepas ditipu pengilang tempatan hingga mengalami kerugian mencecah RM40,000.

Menceritakan kejadian yang berlaku lebih setahun lalu, kata Sarimah, dia mengalami perasaan kecewa tidak terhingga  dalam usahanya mencari pengilang untuk mengeluarkan jenama alat solek miliknya.

“Saya sekadar percaya dan bila sampel dihantar oleh pengilang itu ke Singapura, saya dapati bahan digunakannya boleh memberi kesan bahaya kepada kulit.

“Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam kerana kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan sekadar ditipu pengilang dan kerugian wang ringgit malah hampir putus asa untuk menghasilkan produk alat solek ketika itu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Namun, isteri Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar itu boleh menghela nafas lega apabila muncul sinar baru buatnya selepas ada rakan yang memperkenalkan kepada pengilang bertauliah selain ia mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah setelah sekian lama mencari akhirnya saya dapat juga menghasilkan produk jenama alat solek sendiri.

“Saya tampil mendedahkan perkara ini agar orang ramai mengambil langkah berhati-hati jika mahu berurusan dengan pengilang produk,” kata penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu lagi.

Lihat Komen