malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahkamah tolak permohonan bekas suami Serina
Diterbitkan:  May 21, 2018 12:48 PM
Dikemaskini: 5:00 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menolak permohonan notis tunjuk sebab difailkan bekas suami Serina Redzuawan berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Hakim Salihan Yatim membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan dan afidavit dibuat Gavin Edward O’Lunaigh yang difailkan pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, Salihan tidak menyatakan alasan keputusan itu dibuat, sebaliknya mengarahkan Gavin - atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar - memfailkan semula permohonan sama di mahkamah terbabit.

Sementera itu, peguam Gavin, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan berkenaan diterima dan pihaknya akan meneliti alasan penolakan permohoan yang diberi.

“Saya belum mengetahui alasan-alasan itu tetapi saya akan membuat permohonan semula mengenainya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Pada 17 April lalu, Gavin, 41, memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) selepas Serina 35, memuat naik beberapa kenyataan di akaun Instagram miliknya.

Tindakan itu didakwa telah melanggar persetujuan bersama yang dieksibitkan pada 27 Julai 2017.

Bercerai Ogos tahun lalu

Dalam perenggan yang dipersetujui itu, anak-anak Serina dan Gavin harus tidur di bilik berasingan dengan bapa mertuanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Selain itu, Serina juga dihalang daripada memburuk-burukkan Gavin atau Tristan Tareef O’luanaigh, 7, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6.

Media sebelum ini melaporkan Serina memuat naik status di Instagram miliknya 19 dan 20 Mac lalu mendakwa Gavin membuli dia apapbila tidak dibenarkan bertemu anaknya pada setiap hari.

Hal itu dibangkitkan sedangkan dalam persetujuan bersama menetapkan responden hanya boleh berjumpa anaknya pada setiap hujung minggu.

Serina juga melalui Instagram turut mendakwa bekas suaminya itu bersekedudukan dengan seorang wanita hingga mereka ditangkap khalwat.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Serina dan Gavin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling 1 Ogos tahun lalu.

Lihat Komen