malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Harry, Meghan kini rasmi suami isteri
Diterbitkan: Β May 19, 2018 9:55 PM
β‹…
Dikemaskini: 2:11 PM
ADS

Putera Harry dan Meghan Markle diisytiharkan sebagai suami dan isteri pada sebuah upacara diadakan di Windsor Castle yang ditonton secara global oleh ratusan juta orang.

Anak mendiang Puteri Diana itu dan Meghan mengangkat sumpah dan bertukar cincin di depan 600 jemputan khas di Gereja St George sebentar tadi.

Mengenakan busana rekaan pereka Britain, Clare Waight Keller, Markle diiringi oleh bapa Harry, Putera Charles ketika berjalan selepas bapanya tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan.

Selepas sah bergelar suaimi dan isteri, pasangan berkenaan akan membawa gelaran sebagai Duke dan Duchess Sussex.

Meghan menamatkan pengajiannya di Universiti Northwestern, Illinois pada 2003 dan menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Dia seterusnya popular menerusi peranannya dalam drama bersiri Suits serta filem Horrible Bosses.

Meghan turut terkenal sebagai seorang yang sering memperjuangkan pemberdayaan wanita selain pernah berkhidmat sebagai duta World Vision serta pendukung Wanita untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

 

 

Ini bukan perkahwinan pertama Meghan. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Trevor Engelson di Jamaica pada 2011 tetapi bercerai secara rasmi dua tahun kemudian.

Antara hadirin yang turut hadir ke mahlis perkahwinan kerabat diraja itu adalah pengacara Oprah Winfrey, pelakon George Clooney dan isteri, Amal, pemain bola sepak David Beckham dan ister Victoria, serta Sir Elton John.

Menurut BBC, Meghan memperagakan tiara berlian yang dipinjamkan oleh Permaisuri Mary manakala imej pengantin itu dilengkapkan dengan vel putih sepanjang 5 meter yang disulam dengan bunga dari setiap negara Komanwel.

Dalam perkahwinan kerabat diraja kali ini, Meghan tidak menyatakan ikrar untuk menurut perintah suaminya manakala Harry memecah tradisi kerabat diraja apabila memilih untuk memakai cincin.

Apabila Harry dan Meghan mengikat tali perkahwinan hari ini, terdapat seorang insan yang ketiadaannya paling dirasai, iaitu Diana.

Bagaimanapun, terdapat beberapa butiran dalam majlis itu yang sengaja disediakan, dan ia isyarat jelas bahawa Harry mahu merasai kehadiran ibunya, Diana, di sisi pada hari bahagianya itu.

 

 

Harry menggunakan dua berlian daripada koleksi barang kemas ibunya bagi cincin pertunangan. Ia direka sendiri oleh Harry bagi memastikan iana turut bersama-sama menikmati perjalanan luar biasa itu.

Bagi hiasan bunga-bungaan, Harry dan Meghan memilih juruhias bunga Philippa Craddok untuk menghiasi pemandangan dengan bunga ros putih yang menjadi kegemaran Puteri Diana.

Turut diundang ialah anggota keluarga Diana, Earl Charles Spencer, Lady Sarah dan Lady Jane Fellowes.

Lihat Komen