malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kekasih' Superman meninggal dunia
Diterbitkan:  May 15, 2018 2:22 PM
Dikemaskini: 6:24 AM
ADS

Margot Kidder yang mencipta nama melalui Lois Lane, watak sebagai kekasih Superman dalam filem itu yang ditayangkan pada 1978, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 69 tahun.

Walaupun Margot meninggal dunia Ahad lalu, media antarabangsa baru melaporkan kematiannya pada hari ini.

Walaupun tidak menyatakan punca kematian, pengurus Margot memaklumkan aktres itu mati dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.

Margot sebelum ini pernah membintangi Superman di samping Christopher Reeve yang membawa watak alter egonya Clark Kent dalam versi asal filem itu dan tiga lagi sekuelnya, Superman II pada 1980, Superman III (1983) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987).

Reeve meninggal dunia pada 2004 akibat komplikasi daripada jangkitan, sembilan tahun menjadi lumpuh selepas kemalangan sewaktu menunggang kuda.

Pada 2016, Margot memberitahu media bahawa keserasian dengan Reeve adalah asli kerana mereka mempunyai latar belakang yang sama dan aktor itu kelihatan seperti seorang daripada adik lelakinya.

“Tenaga yang kami peroleh seperti adik dan kakak iaitu selalu bertengkar. Tiada siapa menyedari perbezaan antara kami berdua - ia berjaya. Kami tidak perlu mencipta sebuah perbezaan realiti,” katanya seperti dilapor CNN.

Margot dilahirkan di Northwest, Kanada dan membuat penampilan pertama sebagai pelakon dalam rancangan bersiri Wojeck pada 1969.

Dia kemudian berpindah ke Los Angeles dan menggalas watak rancangan di televisyen termasuk McQueen, Mod Squad dan Nichols.

Bagaimanapun, memainkan watak sebagai seorang wartawan dan kekasih Superman mencatat kejayaan dalam hidup Margot sebagai anak seni.

Margot sebenarnya menjangkakan filem berkenaan akan menemui kegagalan.

“Tidak ada yang mempersiapkan sesiapa untuk menjadi terkenal di dunia, ia adalah satu kejutan. ia bukan sesuatu yang saya suka atau sesuatu yang dapat lakukan dengan terbaik.

“Saya tidak menyedari betapa baiknya filem ini sehingga menontonnya di tayangan perdana di Washington,” katanya.

Margot turut membintangi filem The Amityville Horror pada 1969 selain mempunyai pekerjaan stabil di penyiaran televisyen.

Selepas tiga kali perkahwinan dan beribu-ribu ringgi untuk kos perubatan, Margot mendapati dirinya tidak berubah pada 1996 sewaktu berjuang untuk melawan penyakit bipolar yang dihidapi.

Kisah menimpa nasib Margot banyak menyentuh hati umum yang kemudian membantu wanita itu untuk kembali untuk meneruskan hidupnya dengan baik semula.

Margot kemudian berkhidmat dan membantu pesakit mental.

Lihat Komen