malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Wanita hamil tuntut pemuzik menikahinya
Diterbitkan:  May 3, 2018 6:18 PM
Dikemaskini: 10:23 AM
ADS

Seorang wanita yang mendakwa hamil anak luar nikah menuntut pemuzik sebuah kumpulan rock legenda menunaikan janji dan bertanggungjawab terhadap bayi dikandung hasil hubungan dengan lelaki itu.

Dalam pengakuan kali ini, wanita yang ingin dikenali sebagai Sofia itu mendedahkan berasa kesal selain hilang punca apabila lelaki digelar sebagai Mr X itu bertindak memutuskan hubungan selepas pertemuan terakhir mereka 18 April lalu.

"Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah.

“Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah," katanya pada satu pertemuan, baru-baru ini,” katanya seperti dilapor BH Online.

Hubungan renggang, sekat panggilan

Katanya, hubungan dilalui berubah semakin renggang selepas lelaki terbabit merosakkan telefon genggam miliknya selain menyekat panggilan masuk.

"Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya," katanya.

Menurut Sofia, pemuzik itu sudah lama dikenali tetapi hanya mula menjalin hubungan cinta kira-kira setahun lalu.

"Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

"Saya tidak minat untuk mengungkit kisah lalu dan kesilapan yang dilakukan. Cuma, saya mahu menuntut hak saya dan bayi yang sedang dikandung ini," katanya.

Supaya anak lahir berbapa

Sofia berkata, dia mahu pemuzik terbabit bernikah dengannya supaya anak yang dikandungnya itu dilahirkan berbapa.

"Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini.

“Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan," dakwanya.

Dalam pada itu, Sofia berkata, timbul kekecewaan apabila pemuzik berkenaan langsung tidak mempertahankan dirinya sewaktu kakak lelaki itu mencemuh dan menghamburkan kata-kata kesat.

"Ini bukan soal saya gila glamor atau sebaliknya. Saya tahu dia tidak berharta, malah saya menerima dia seadanya kerana percaya kepada cinta yang dihulurkan," katanya.

Lihat Komen