malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jangan bikin kecoh, Fathia solat bukan kerana manusia
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 2:18 PM
Dikemaskini: 6:31 AM
ADS

Untuk apa solat dalam kereta? Tapi bagi Fathia Latiff, ia bukanlah isu yang perlu dikisahkan oleh orang ramai, sebaliknya perbuatan itu adalah urusannya dengan Allah.

Mengulas mengenai gambar mengerjakan solat dalam kenderaan itu Fathia berkata dia tidak menyedari perbuatannya dirakam oleh orang lain.

Justeru kata Fathia dia tidak tahu menahu atau mempunyai kawalan untuk menghalang gambar berkenaan menjadi tular.

Namun Fathia menjelaskan dia mengerjakan sembahyang itu semasa dalam perjalanan ke sebuah pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur semalam.

"Sepatutnya hal berkenaan tidak menimbulkan sebarang isu.

“Saya solat kerana Allah, bukan untuk manusia. Itu antara saya dengan Allah,” katanya.

Imej yang mengundang polemik itu asalnya dinaikkan di akaun Instagram Ridzokumura dan cepat saja menarik perhatian ramai. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Kata Fathia dia tidak sedar Ridzokumura - seorang penggaya rambut terkenal - merakam aksinya.

Ketika itu katanya Ridzokumura duduk di sebelahnya.

"Saya tidak sedar aksi saya itu dirakam," katanya.

Lihat Komen