malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Aktres Smallville didakwa goda artis jadi hamba seks
Diterbitkan:  Apr 25, 2018 8:37 PM
Dikemaskini: Apr 27, 2018 5:28 AM
ADS

Pelakon drama siri Smallville, Allison Mack ditahan minggu lalu atas dakwaan merekrut wanita sebagai hamba seks untuk NXIVM, suatu pergerakan dianggap kultus. Allison pernah didakwa cuba ‘memancing’ dua selebriti ternama Hollywood sebagai anggota kumpulan tersebut.

Allison didakwa dalam komunikasinya di Twitter menyatakan minat terhadap Emma lalu menulis pesanan ringkas kepada selebriti berkenaan pada Januari 2016.

Penjelasan berkenaan diberikan kepada Emma kerana dia seorang sosok yang terkenal dengan melakukan kerja-kerja aktivis wanita dan gender berhaluan kanan.

“Saya menyertai pembangunan unik manusia dan gerakan wanita. Saya berminat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai hal ini. Saya juga boleh katakan perkara ini kerana saya juga seorang aktres,” katanya.

Walaupun Emma tidak memberi sebarang respon, Allison cuba menghubunginya sekali lagi pada Mac tahun sama. Dan sekali lagi, tiada sebarang balasan daripada Emma.

Selain Emma, Allison turut meluahkan hasrat yang sama terhadap penyanyi Kelly Clarkson, juga menerusi Twitter.

“Saya dengar khabar bahawa anda ialah seorang peminat Smallville. Saya juga peminat kamu! Saya gembira jika dapat menghubungi kamu,” katanya.

Sama seperti Emma, Kelly juga tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan diberikan di Twitter itu.

Terdahulu, selepas mengaku tidak bersalah mempunyai kaitan dengan ketua NXIVM Keith Raniere, Allison dibebaskan atas ikat jamin AS$5 juta (RM19 juta) sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia, konspirasi pemerdagangan manusia dan konspirasi buruh paksa.

Rahsia gelap NXIVM

NXIVM mendakwa mereka menjalankan aktiviti sebagai kumpulan bimbingan wanita tetapi sebenarnya terdapat rahsia gelap di sebalik organisasi terbabit.

Kultus berpangkalan di Albany itu menyaksikan wanita dipaksa melakukan hubungan seks dengan pengasasnya yang kini dituduh atas kesalahan melakukan pemerdagangan wanita.

Raniere ditahan pada Mac lalu di Mexico dan kini direman dalam tahanan persekutuan di New York.

Dia turut didakwa merogol kanak-kanak dengan ada antara mangsanya berusia seawal usia 12 tahun, selain memenjarakan wanita kerana mempunyai perasaan terhadap orang lain dan memaksa seorang daripada pengikutnya untuk merempuh pokok dan minum air lumpur.

Sekurang-kurang 80 wanita yang didakwa terperangkap menjadi mangsa organisasi itu dieksploitasi baik secara seksual, dibasuh otak (brainwashed) bahkan tubuh mereka dicacah (branded) dengan nama Raniere, kata pendakwa.

Lihat Komen