malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Chef Wan bengang dianggap macam pedofilia
Diterbitkan:  Apr 25, 2018 12:36 PM
Dikemaskini: 4:39 AM
ADS

Datuk Redzuawan atau Chef Wan mencabar bekas menantunya untuk menunjukkan bukti di mahkamah jika benar dia seorang datuk yang berbuat jahat kepada cucu-cucunya.

Chef Wan yang meluahkan perasaannya dalam Instagram berkata, amat salah untuk menyamakan dirinya - seorang datuk yang menyayangi cucu - dengan lelaki bermasalah dan mempunyai keinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.

“Adakah saya ini mempunyai sejarah pedofilia atau pernah berbuat perkara terkutuk itu kepada cucu hingga dia menuntut undang-undang begitu di rumah saya?

“Saya datuk mereka yang berada di bawah umur, jika Rina (Serina) tidak boleh jaga anak-anaknya bukankah atuknya mempunyai hak untuk menjaga cucu-cucu itu? Kadangkala dia perlu bekerja dan pulang lewat.

“Adakah ini bermaksud saya tidak boleh menidurkan cucu-cucu saya? Ohh... saya cabar dia untuk membuktikan hal itu di mahkamah,” katanya.

Semalam, Gavin Edward O’Luanaigh dilaporkan mahu ‘menyeret' Serina ke penjara selepas anak Chef Wan itu didakwa melanggar persetujuan bersama yang direkodkan pada 27 Julai tahun lalu.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran persetujuan bersama terbabit dan memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.

Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam hujahnya menyebut, Serina banyak melakukan pelanggaran antaranya membenarkan anak mereka Tristan Tareef O’Luanaigh, 7, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6, bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertua Gavin pada 3 Disember lalu.

Serina turut didakwa memburuk-burukkan Gavin termasuk mendakwanya melakukan khalwat.

Chef Wan menjelaskan, sudah menjadi perkara biasa apabila Tristan dan Isabella yang bertandang ke rumahnya akan menonton televisyen bagi mengisi waktu bersama-sama.

Dan kadang-kala, cucu-cucunya itu pasti berdepan situasi terlelap.

“Dari kecil apabila semua cucu datang, mereka mesti naik katil dan menonton televisyen. Ada masa sampai terlena. Selalunya mereka tidur bersama penjaga Filipina di bilik ibu saya.

“Cuma sekali itulah mereka tertidur dan saya tidak hantar ke bilik. Pada keesokannya anak saya (Serina) berkata Gavin marah kerana saya berkongsi katil dengan anak-anaknya,” katanya.

Kata Chef Wan, Gavin tidak sepatutnya meletakkan dirinya sebagai kambing hitam berhubung isu perceraian mahupun cara mengurus anak-anak yang menjadi pertikaian antara ahli korporat itu dengan Serina.

“Hanya kerana kamu memerlukan kes kukuh untuk memenangi hak penjagaan anak-anak sampai perlu membabitkan saya?

“Gila nak fitnah dan memalukan saya sampai begitu sekali asalkan dapat membuktikan Rina itu bukannya seorang ibu bertanggungjawab,” katanya.

Lihat Komen