malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak jadi pisang, Azwan Ali pilih logo gajah
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 3:14 PM
Dikemaskini: 7:29 AM
ADS

Selebriti penuh kontroversi Azwan Ali mendedahkan beliau akan memilih simbol gajah sebagai logo pilihan rayanya.

"Panas, panas, panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bagi mencabar penyandang Datuk Seri Azmin Ali yang juga abang kandungnya.

Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA sebelum ini memberitahu KiniTV beliau mungkin akan menggunakan logo pisang.

PKR semalam mengumumkan Azmin kekal di dua kerusinya iaitu Gombak (parlimen) dan Bukit Antarabangsa (dewan undangan negeri).

Malaysiakini kelmarin melaporkan Azwan akan bertanding di mana-mana kawasan yang ditandingi abangnya dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.

Azwan mengakui kempennya nanti lebih kepada soal peribadi untuk menelanjangkan Azmin.

Beliau sebelum ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah abangnya itu.

Lihat Komen