malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Saya hamil, terlanjur dengan pemuzik kumpulan rock legenda’
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 8:48 AM
Dikemaskini: 12:50 AM
ADS

Seorang wanita 30-an mendakwa hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan seorang pemuzik kumpulan rock legenda tanah air.

Mahu dikenali sebagai Ann sahaja, wanita itu mengakui bayi yang dikandung milik pemuzik yang dikenali lebih setahun, lapor Utusan Online.

“Kami mula berkenalan dalam sebuah majlis persendirian, namun hubungan tersebut pada peringkat awal hanya sekadar kenalan biasa, tidak lebih dari itu.

“Bagaimanapun, disebabkan urusan perniagaan yang ada kaitan dengan kumpulan rock terkenal itu, saya jadi kerap bertemu dengannya termasuk ahli yang lain.

“Ekoran itu, kami mula jadi kawan baik, semakin hari semakin rapat sehinggalah memutik rasa kasih dan sayang antara kami berdua.

“Mulanya saya enggan terperangkap dalam hubungan tersebut memandangkan pemuzik veteran itu sudahpun berumah tangga,” beliau dipetik sebagai berkata.

Harian itu melaporkan Ann termakan umpan dan merelakannya menjadi mangsa kepada jerat percintaan “kasanova” berkenaan.

Akuinya lagi, pada Julai lalu, hubungan mereka kian intim sehingga berlanjutan ke ranjang.

“Selang beberapa minggu, saya disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran menyedari kitar haid yang terhenti, di samping menghidapi simptom lazim kehamilan.

“Sebaik dimaklumkan tentang kehamilan itu, terus saya hubunginya untuk menceritakan situasi yang sedang dialami.

“Pada waktu itu, meski dia menunjukkan reaksi terkejut, namun berjanji untuk bertanggungjawab termasuk mengatur perancangan menikahi saya,” katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.

Katanya, semuanya berubah selepas hubungan mereka dihidu isteri pemuzik itu dan mereka jarang lagi bertemu.

“Lama-kelamaan, hubungan kami makin renggang, selalu terjadi perselisihan faham dan sebagainya yang kemudiannya menjadi punca terhadap perpisahan kami.

“Lebih teruk, dia sekarang seolah-olah sudah lepas tangan membiarkan saya seorang menanggung bahana onar kesilapan kami,” ujarnya.

Lihat Komen