malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jejaka ilhami lagu Sedar jodoh Shila
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 9:20 PM
Dikemaskini: Apr 20, 2018 8:38 AM
ADS

Penyanyi Shila Amzah hari ini selamat diijab kabul bersama pasangannya Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh.

Lebih menarik, jodoh Shila adalah kepada jejaka yang menjadi ilham dalam lagu Sedar, antara lagu yang dimuatkan dalam album Shila pada 2013. 

Majlis akad nikah tersebut berlangsung di kediaman keluarganya selepas waktu solat Asar petang tadi.

 

Denim kinda day. #Sharisoffthemarket #shilaxharis

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

Dengan sekali lafaz, Shila telah sah menjadi isteri kepada Haris.

Majlis ijab kabul itu juga turut dihadiri oleh teman-teman artis bagi memberi sokongan dan meraikan hari bahagia penyanyi Selamanya Cinta itu.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan itu akan diadakan pada hari Ahad ini, bersamaan 22 April di Hotel Marriot, Putrajaya.

Busana anggun dengan tema khas yang dipakai Sila telah diilhamkan sendiri olehnya.

Dekorasi dengan tema "Pure Forest Garden featuring Bohemian Wood" digunakan untuk majlis ijab kabul itu.

Shila dikatakan jatuh hati pada Elias yang merupakan rakan abangnya sejak 2010 namun mereka hanya mula rapat pada hujung tahun lalu.

Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.

Lihat Komen