malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mariah Carey lega selepas dedahkan penyakit bipolar
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 3:20 PM
Dikemaskini: 7:22 AM
ADS

Penyanyi Mariah Carey meluahkan perasaan lega selepas mendedahkan kepada umum mengenai penyakit bipolar yang dihidapinya pada awal minggu lepas.

Katanya, dia mulai berasa “ringan” dan “penuh inspirasi” sejak membuat pengakuan itu ke atas penyakit bipolar tahap dua yang dihidapi sejak 2001.

“Sebelum ini saya hidup dalam penafian dan pengasingan selain mengalami ketakutan bahawa akan ada seseorang yang ingin mendedahkan apa yang sedang dialami kepada umum.

“Saya mendapatkan rawatan, berada di sekeliling orang yang positif dan membuat apa yang digemari iaitu menulis dan menghasilkan lagu,” katanya.

Penyanyi lagu Always be my baby itu pada awal mengesyaki dia hanya mengalami gangguan tidur yang teruk hinggalah dia mendapatkan nasihat doktor.

Dalam status di Instagram, Mariah turut berkongsi perkembangan terkini dengan peminat-peminatnya.

“Saya telah bekerja dengan keras, berasa terinspirasi dengan setiap kisah daripada anda semua dan terharu dengan sokongan yang tidak berbelah-bahagi diberikan.

“Marilah kita saling memberi galakan kepada satu sama lain,” katanya.

Dalam wawancara bersama media, Mariah berkata, dia terbuka untuk bercerita mengenai perjuangannya ke atas penyakit itu dengan harapan dapat mengubah stigma umum.

“Keadaan dialami itu boleh membuatkan kita benar-benar terasing. Ia tidak perlu menentukan siapa kamu dan saya enggan membenarkan ia menentukan atau mengawal saya,” katanya.

Lihat Komen