malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
MVTV Asia mahu globalkan hiburan digital tempatan
Diterbitkan:  Mar 28, 2018 5:57 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
ADS

Mbits Digital menawarkan perkhidmatan penyiaran digital platform baru MVTV Asia dengan kandungan hiburan dari Malaysia dan Asia yang boleh diakses pada bila-bila masa di seluruh dunia.

Pengguna boleh melayari MVTV Asia yang memaparkan pelbagai jenis kandungan berkualiti pada set telefon bimbit, set top box dan TV pintar melalui satu set aplikasi.

Ketua Pengarah Eksekutif, Sara Leana Nattaya Azmi, berkata MVTV Asia juga menitikberatkan 60 peratus kandungan tempatan kepada penggunanya.

Ia menggunakan konsep #GLocal bagi menglobalisasikan kandungan tempatan dengan menyediakan MVTV Asal Filem, MVTV Siri TV Asal, Rancangan Serbeneka dan Festival Filem Pendek Domestik ke perkhidmatan berkenaan.

“MVTV Asia mengangkat nilai-nilai muhibah dalam budaya masyarakat majmuk sebagai ciri utama dalam memperkasakan kandungan yang akan dipersembahkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media MVTV Asia di Mega Star Arena Kuala Lumpur semalam.

MVTV Asia juga melancarkan program-program asal tersendiri seperti Inspirasi YES Malaysia, Memori KampungKU dan Bintang Sejuta sebagai menandakan komitmen mereka untuk membawa kandungan tempatan ke serata dunia.

Program Inspirasi YES Malaysia mempamerkan bintang hiburan muda tempatan dengan berkongsi cerita kejayaan untuk memberi inspirasi kepada penonton muda.

Bagi program Memori KampungKU, ia menggalakkan pengguna membuat filem pendek untuk mengambarkan semula keindahan dan memori kampung halaman mereka.

Manakala program Bintang Sejuta adalah aplikasi nyanyian karaoke yang membolehkan pengguna merekod dan memasang lagu, sambil meraikan hadiah alam maya dengan rakan-rakan atau peminat mereka.

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, MVTV Asia menjalin kerjasama dengan ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.

"Kami menjalin rangkaian kandungan bersepadu melalui inisiatif #UnitedAsians dengan pengeluaran bersama serantau. Untuk itu, MVTV Asia akan memperkenalkan rakan kongsi kandungan dari Indonesia, Korea, Hong Kong dan Taiwan di sidang akhbar akan datang,” kata Sara (gambar).

Katanya, MVTV Asia akan memainkan peranan proaktif dalam pengeluaran dan pengedaran kandungan serantau.

"Kami mengalu-alukan rakan kongsi kandungan dari lain lain negara Asia turut menyertai bersama. Kami juga meperkenalkan sistem digital pengiklanan bersama rakan Fractalist dan Adinall dari China untuk menawarkan digital kempen yang berkesan kepada pelangan korporat dan industri pengiklanan.

“Seterusnya, rakan kami, TamicoBell Asia akan memastikan rangkaian cawangan electronik untuk pemasaran dan pengedaran peranti pintar MVTV Asia kepada pengguna serantau Malaysia dan Asia,” kata Sara lagi.

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, MVTV Asia turut menjalin kerjasama dengan ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen