malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Trump menang kes saman bintang porno
Diterbitkan:  Mar 8, 2018 1:40 PM
Dikemaskini: 5:47 AM
ADS

GLOBAL | Donald Trump menang penyelesaian luar mahkamah terhadap bintang porno Stormy Daniels, menurut laman Metro UK.

Jurucakap presiden Amerika Syarikat itu Sarah Sanders berkata penyelesaian dicapai dalam proses timbang tara antara kedua-dua pihak.

Sanders mengeluarkan kenyataan itu semalam, sehari selepas Daniels memfailkan saman untuk mendapatkan hak bercakap tentang dakwaan "hubungan intim" mereka.

"Seperti yang saya jelaskan, kes ini sudah dimenangi (Trump) dalam timbang tara," katanya seperti dipetik.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran tentang perkara itu seperti timbang tara yang terlibat, bila ia berlaku dan mengapa ia diselesaikan di luar mahkamah.

Beliau sekali lagi menafikan dakwaan Daniels berhubung hubungan sulitnya dengan Trump yang dikatakan berlaku pada 2006.

Selasa lalu, Daniels, atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, memfailkan saman untuk membatalkan perjanjian dengan peguam Trump, Michael Cohen beberapa hari sebelum pemilihan presiden AS 2016 bagi membolehkan dia bercakap tentang dakwaannya itu secara terbuka.

Beliau mendakwa Trump tidak pernah menandatangani perjanjian itu yang bertujuan menutup mulutnya dalam soal itu.

sementara itu Sanders menafikan Trump tahu-menahu tentang dakwaan bayaran AS$130,000 oleh Cohen kepada Daniels agar dia tidak mendedahkannya.

"Saya sudah bercakap dengan presiden mengenai perkara ini. Ia di luar pengetahuannya dan beliau telah menafikan segala dakwaan," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan mengapa pihak Trump membayar yuran guaman Cohen lebih dari AS$200,000.

Daniels sebelum ini mendakwa Trump mendekatinya sekitar 2006 dan 2007, setahun selepas usahawan hartanah itu mengahwini isteri ketiganya Melania.

Dalam satu wawancara rancangan bual bicara Selasa lalu, peguamnya Michael Avenatti mengiyakan soalan sama ada hubungan sulit itu pernah berlaku.

Avenatti turut membayangkan kewujudan pesanan ringkas, gambar dan dokumen yang dapat membuktikan hubungan itu.

Lihat Komen