malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kerana seksi Zizi kena keji
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 7:06 PM
Dikemaskini: 11:12 AM
ADS

Gara-gara beraksi manja dan seksi, untuk kali entah ke berapa penyanyi Zizi Kirana mengundang kecaman daripada orang ramai.

Kali ini dia bergambar dengan gaya yang menampakkan dadanya.

Justeru bekas ahli kumpulan Fabulous Cat disaran supaya menyertai industri filem lucah.

“Jadi pelakon lucah pun boleh,” kata seorang pengguna Instagram.

Ada juga yang berkata: “Jadi pelacurlah kau, bah.”

Itu adalah antara reaksi pengguna Instagram selepas melihat gambar dimuat naik Zizi - atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil - yang mengenakan pakaian jarang dan coli berwarna hitam serta dipadankan dengan kardigan kelabu.

Ia diiringi dengan kapsyen: “Bolehkah saya menjadi secretary (setiausaha) hidup awak..?”

Untuk rekod, Zizi, 33, memang sinonim dengan penampilan seksi dan tidak ‘lokek’ berkongsi aset miliknya buat tatapan pengguna alam maya.

 

 

Semakan Malaysiakini setakat awal petang ini mendapati imej berkenaan mendapat lebih 30,000 tanda suka.

Sering dilanda kontroversi juga menyebabkan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh itu dilabel sebagai selebriti yang gemar mencari publisiti murahan.

Terdahulu, Zizi pernah juga menerima kecaman kerana memakai baju yang jarang hingga menampakkan coli berwarna merah jambu dipakainya.


Baca Azwan Ali: Pergi jahanan Sheila Majid


Malah Zizi pernah membuat pengakuan kepada sebuah portal dia sudah lali dengan reaksi netizen dan menegaskan fesyen ditampilkannya itu bukanlah sesuatu yang baru sejak dia bergelar artis rakaman.

Dalam pada itu, terdapat segelintir pengikut yang lain berharap sebagai umat Islam, anak kelahiran Sabah itu mula menyedari kekhilafan dilakukannya.

Mereka tidak lain tidak bukan berharap Zizi yang popular selepas menyertai program realiti terbitan Indonesia D’Academy Asia musim kedua itu mendapat hidayah.

“Kita doa yang baik-baik nah untuk dia semoga tebuka pintu hidayah buat dia, macam Mizz Nina dulu pun seksi juga. Lepas kahwin dengan Noh Hujan alhamdulillah Allah dah bagi jalan hidayah kat dia…

“Semoga Zizi pun dapat jalan hidayah... saya sebelum ini ingat Zizi ni Islam tapi semakin lama tengok pemakaian semakin hari semakin terbuka…,” kata pengguna akaun mieytaa_mieyraa91

Lihat Komen