malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ganja: Pelawak direman 3 hari
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 5:45 PM
Dikemaskini: 9:47 AM
ADS

Seorang pelakon dan pelawak tempatan direman tiga hari sejak semalam untuk membantu siasatan berhubung penemuan ganja bersama alat menghisap dadah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Setakat ini tiada individu lain yang ditahan susulan penahanan pelakon itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rabu lepas, pelakon dan pelawak itu ditahan apabila polis menemukan ganja seberat 7.5gram serta alat mengisar daun ganja dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Dia kemudian dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang.

- Bernama

Lihat Komen