malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Anak kami Ney Ney sudah keluar'
Diterbitkan:  Feb 22, 2018 12:52 PM
Dikemaskini: 11:48 AM
ADS

Teruja dan bersyukur Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki mereka, Nedim Nazri berkongsi berita gembira itu buat pengikut di Instagram miliknya.

Nedim malah mengotakan janjinya untuk turut mendedahkan wajah anaknya sulungnya hasil perkahwinan dengan isteri keduanya itu kira-kira 20 minit lalu.

“Hi semua, anak kami Ney Ney sudah keluar.

“Syukur alhamdulillah ya Allah kerana dikurniakan bayi lelaki yang cantik ini,” kata pemilik nama penuh Mohamed Nedim Mohamed Nazri itu dalam nada gembira.

Putera sulungnya itu yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan pagi tadi.

Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 35, selamat melahirkan bayi seberat 3 kilogram itu secara pembedahan.

Bayi itu kemudian dinamakan Mohamed Neqayl Nedim.

Nedim, anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu turut mengucapkan terima kasih buat insan yang mendoakan mereka sekeluarga.

“Terima kasih untuk doa semua,” katanya yang turut berkongsi keadaan isterinya yang kini stabil.

Nora berkahwin dengan Nedim, 34, pada 30 Mac tahun lalu selepas sembilan tahun bergelar ibu tunggal.

Terlebih dahulu aktres itu pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan bercerai dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Manakala Nedim juga pernah berkahwin dengan Nabilah Khan 2011 tetapi bercerai pada 2013. Melalui perkongsian hidup itu mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki Mohamed Nedrin.

Lihat Komen