malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Gurauan Stallone selepas 'hidup semula'
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 2:20 PM
Dikemaskini: 6:30 AM
ADS

Walaupun dikhabarkan meninggal dunia, aktor sasa Sylvester Stallone masih mampu menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan.

Menurut Stallone, dia menyifatkan spekulasi liar yang tular di media sosial itu sebagai 'hebat kerana dapat hidup kembali selepas mati'.

Bintang filem Rocky itu menggunakan Instagram untuk membuktikan dirinya masih hidup malah berkongsi klip video ketika bergurau-senda dengan dua anak perempuannya Sophia, 21 dan Sistine, 19.

Pada kapsyen video itu berbunyi: “Mengunci anak-anak perempuan saya di luar sewaktu hujan ribut. Amat bagus dapat hidup semula!”

Terdahulu, Stallone meminta peminatnya agar tidak menghiraukan  tindakan bodoh itu selain mengesahkan dia masih hidup dan sihat selepas berita palsu itu muncul di Internet.

“Ingatlah untuk selalu kawal hidup anda dan jangan lepaskan ia hingga berjaya,” katanya.

Ini bukan kali pertama Stallone didakwa meninggal dunia.

Sebelum ini pengguna Facebook pernah mendakwa Stallone ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada Sep 2016.

Berita itu kemudian disahkan palsu dan dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah laman sesawang yang terkenal melakukan penipuan berhubung kematian selebriti.

Dan kini spekulasi seperti itu kembali selepas lebih setahun.

Spekulasi seperti itu berkemungkinan besar muncul selepas Stallone berkongsi poster Creed 11, sekuel filem terbaru lakonannya Rocky.

Susulan itu, banyak status mengenai kematiannya beredar di laman maya dengan ada yang mendakwa Stallone meninggal dunia akibat menghidapi masalah kanser prostat.

Lihat Komen