malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Badang' patah hati
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 7:49 PM
Dikemaskini: 11:58 AM
ADS

Berpunca daripada kecaman demi kecaman dilemparkan orang ramai, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya sedang berada di sempadan kesabarannya.

Dalam kenyataan dibuat Aliff Syukri Kamarzaman, dia menzahirkan rasa sakit hati dan kecewa dengan segala dakwaan yang dibuat terhadapnya.

“Saya ni bangun pagi saja, bangun tidur saja (rasa) sakit hati, sakit jiwa. Apa salah saya?

“Korang ingat saya ni batu, kayu, labu, tunggul?” luahnya di Instagram.

Aliff berkata demikian ekoran banyaknya komen negatif terhadap filem lakonannya, Badang, yang baru ditayangkan di pawagam sejak 15 Feb lalu.


Baca Mata Fasha buat Aliff Syukri rasa macam nak bunuh diri


Antara lain kecaman itu timbul kerana mereka tidak berpuas hati dengan kualiti lakonan hartawan komestik berkenaan.

Sebahagian komen yang menjadi tular di media sosial pula mengecam jalan cerita Badang yang dianggap sebagai murahan.

Badang diarahkan Datuk Prof A Razak Mohaideen.

 

 

apa salah saya 2? #badang

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Selain Aliff Syukri Badang turut dibintangi pelakon popular seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Nadia Brian, Aminah Rhapor dan Azhari Mohd Zain.

Kata Aliff dia juga kecewa dengan sikap sesetengah orang yang membuat pelbagai kenyataan mengutuk Badang walaupun mereka belum menontonnya.

Sedangkan, kata Aliff, Badang itu adalah "hasil seni terbaik" dan boleh mengatasi filem hebat lain, termasuk karya yang sedang menjadi fenomena di seluruh dunia, Black Panther.

"Kesabaran saya ni ada limit-nya tapi jangan melampau-lampau.

"Penat saya siang malam berlakon tau..... hargai bakat saya.

"Fikir kalau korang di tempat saya, jangan kutuk-kutuk saja," katanya.

Lihat Komen