malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Altimet tawar hadiah misteri sempena KL Wangan
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 6:04 PM
Dikemaskini: 11:58 AM
ADS

Nak hadiah daripada Altimet?

Caranya mudah saja. Hanya tekan butang klik pada pautan muzik video yang disediakan.

Hadiah akan menjadi pemilik pemenang bertuah sekiranya jumlah tontonan video berkenaan mencecah hingga 1.5 juta kali.

“Altimet ada cabaran untuk korang semua! Jadikan #KLWangan mencecah 1.5 juta tontonan dan Altimet ada hadiah untuk cabaran berikut!.

“Jom unlock: http:/klwanganost.shorturl.com,” menurut satu kenyataan yang diedarkan.

Untuk makluman, pautan yang memaparkan klip video lagu nyanyian Altimet itu digunakan bagi runut bunyi filem KL Wangan yang ditayangkan pada 21 Dis lalu.

Melalui semakan Malaysiakini hingga ke hari ini, lagu yang turut menampilkan bintang KL Wangan iaitu Pekin Ibrahim dan Faizal Hussein itu kini sudah mencapai 1 juta tontonan.

KL Wangan filem menelan kos lebih RM5 juta itu adalah filem kedua diarahkan Pekin.

Ia berkisahkan kehidupan dua pelumba iaitu Hong lakonan Kazuto dan Yudi (Faizal) yang mempunyai sejarah silam di arena perlumbaan kereta berkuasa besar.

Difahamkan, Altimet sendiri akan mengumumkan nama pemenang selain hadiah yang akan diberikan.

Bagaimanapun, apakah sebenarnya hadiah itu masih menjadi misteri.

Lihat Komen