malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Gadis dari pulau mutiara dinobat Miss Universe Malaysia 2018
ADS

Pencarian wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2018 berakhir dalam acara kemuncak di majlis makan malam gala yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur malam tadi.

Gadis berketinggian 178 cm yang berasal dari Pulau Pinang, Jane Teoh Jun diumum sebagai pemenang menewaskan 16 finalis lain, sekali gus bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe ke-68 pada hujung tahun ini.

Teoh membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, barangan berharga RM150,00O serta tajaan biasiswa Help University yang disampaikan oleh juara Miss Universe Malaysia tahun lalu, Samantha Katie James.

Mengulas mengenai kemenangannya Teoh berkata dia berasa teruja dapat menjuarai Miss Universe Malaysia dan mengharapkan yang terbaik untuk pertandingan Miss Universe 2018.

"Dalam perjalanan saya setakat ini, detik yang paling manis adalah saat diumumkan sebagai juara. Sejak boot camp, saya diberitahu bahawa saya seorang pendiam tetapi setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya kini saya kecapi kejayaan," kata Teoh.

Tempat kedua, ketiga dan keempat disandang oleh Alexis Sue-Ann, Liliana Fernandez dan Jasabel Shalani Robert.

Pertandingan Miss Universe Malaysia 2018 dihoskan oleh pelakon dan pengacara Stephen Rahman Hughes dan bekas Miss Universe Malaysia 2012 Kimberly Leggett.

Antara tujuh juri yang mengadili pada malam malam tadi adalah pelakon dan produser Datuk Hans Isaac, Miss Universe Malaysia 2008 Levy Li, Miss Universe 2011 Deborah Henry, dan Miss Universe Singapura 2002 Nuraliza Osman.

Dalam sesi soal jawab untuk empat finalis teratas, mereka diajukan soalan yang sama dan perlu menjawabnya dalam masa 40 saat.

Teoh ketika menjawab soalan berkata dia ingin diingati sebagai wanita yang membawa arus transformasi dalam kerja-kerja filantrofi dan ingin menggunakan kedudukannya dalam menangani isu-isu sosial.

Sementara itu, Pengarah Miss Universe Malaysia Elaine Daly yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 2003 melahirkan rasa bangganya terhadap semua 17 finalis.

Malam gala pada tahun ini menampilkan barisan penghibur dan artis yang mantap seperti persembahan musikal solo oleh Stephen Rahman Hughes, dan juga persembahan duet oleh bakat baru, Dasha Logan dan Yasmin Aziz.

Persembahan penutup diakhiri oleh penyanyi Yuna yang membawakan tiga buah lagu iaitu Terukir di Bintang, Lullaby, dan Crush.

Berikut adalah anugerah subsidiari yang diumumkan pada malam tersebut:

Miss Zalora Style Star : Liliana Fernandez

Miss MIKO Galere Exceptional Coiffure : Charmaine Chew Qi En

Miss Auto Bavaria: Charlotte Tan

Miss Lancome: Maria Devonne Escobia

Miss Glojas Beauty Glowing Beauty: Alexis Sue Ann

Miss SMC Winning Smile: Charlotte Tan Bee Theng

Lihat Komen