Nasib bintang porno muda papa selepas mati

(Dikemaskini )

Nasib seorang 'bintang'. Walaupun dikenali peminat dan mencipta nama yang dalam dunianya yang tersendiri, Olivia Nova berdepan masalah walaupun selepas dia meninggal dunia.

Olivia menghembus nafas terakhir di Los Angeles pada Ahad lalu. Punca kematiannya pula tidak diketahui setakat ini.

Masalah sekarang ialah, waris Olivia dilaporkan mengeluh kerana tidak mempunyai wang mencukupi bagi menguruskan mayatnya.

Untuk menyelesaikan masalah itu keluarga Olivia berharap peminat serta teman-temannya menghulurkan bantuan supaya mayat pelakon lucah terbabit dapat dibawa kembali ke tempat kelahirannya di Minnesota.

Rakan Olivia, Connor Frye, keadaan itu membuat mereka berdepan kedukaan berganda.

Satu, kematian Olivia begitu mengejut, dan kedua mayat wanita itu berdepan kesukaran untuk diuruskan.

"Kami harap peminat dan semua yang mengenali Olivia dapat menghulurkan bantuan kerana dia tidak memiliki wang mencukupi untuk melakukannya sendiri," katanya.

Sehingga berita ini ditulis jumlah yang dapat dikumpulkan adalah AS$5,170 berbanding sasaran AS$8,000.

Untuk rekod kematian Olivia memanjangkan lagi senarai pelakon filem lucah yang mati secara mengejut.

Pada Nov 2017 aktres yang menggunakan nama Shyla Stylez mati secara mengejut pada usia 35 tahun. Punca kematiannya juga belum didedahkan.

August Ames pula ditemui mati pada Dis 2017. Berbeza dengan Shyla dan Olivia, August mati kerana membunuh diri ekoran tidak dapat menahan menjadi mangsa buli di dunia maya.

Turut termasuk dalam senarai mati pada tahun lalu ialah Yuri Luv yang mengambil dadah berlebihan.

Pada sambutan Krismas lalu Olivia menciap di Twitter untuk menceritakan betapa dia kesunyian.

Dia baru saja menceburi bidang lakonan filem dewasa pada Mac lalu namun sempat mempunyai lebih 20,000 peminat di Twitter.

Media melaporkan dia pernah memikirkan rancangan untuk masa depannya selepas meninggalkan industri perfileman lucah. Misalnya dia merancang untuk melanjutkan pengajian 10 tahun lagi.