malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Samseng isytihar rancangan bunuh Salman Khan
Diterbitkan:  Jan 9, 2018 7:17 PM
Dikemaskini: 11:20 AM
ADS

Samseng terkenal India, Lawrence Bishnoi, selamba mengeluarkan ancaman bunuh terbuka terhadap pelakon terkenal Bollywood Salman Khan.

Malah Bishnoi menyatakan dengan jelas lokasi dia mahu membunuh Salman, iaitu di Rajasthan, sebuah negeri terletak di utara India dan bersempadan dengan Pakistan.

Bishnoi membuat ancaman itu ketika dia dibawa ke Mahkamah Majistret Jodhpur untuk dibicarakan atas pelbagai tuduhan, termasuk mengancam dan memeras peniaga, minggu lalu.

Kebetulan, pada waktu lebih kurang sama, Salman berada di situ untuk menghadiri perbicaraan berkaitan tuduhan membunuh seekol gazel jantan. Gazel ialah antelop (sejenis haiwan seperti rusa) yang dilindungi.

Walaupun Salman langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes Bishnoi, dipercayai ugutan itu ada kaitan dengan aktiviti berburu secara haram dilakukan pelakon berusia 52 tahun terbabit pada 1998.

Pelakon Bajrangi Bhaijaan itu menjalani aktiviti berburu di Rajashtan, barat India bersama beberapa rakan artis yang lain semasa menjalani penggambaran sebuah filem.

Acah saja lebih

Beberapa tahun selepas itu, Salman disabitkan kesalahan membunuh secara haram ekor haiwan dilindungi oleh mahkamah majistret. Namun Tinggi Rajashtan kemudian membebaskan pelakon terbabit.

Media melaporkan insiden pemburuan haram itu diadukan kepada polis oleh penduduk Rajasthan. Aktiviti itu juga mendorong orang awam menganggap Salman sebagai penjahat.

“Salman Khan akan dibunuh di sini, di Jodhpur... Barulah dia dapat mengenali identiti sebenar kita.

“Sekarang, jika polis mahu saya melakukan jenayah besar, bermakna wajiblah Salman Khan dibunuh dan ia juga harus dilakukan di Jodhpur,” menurut Bishnoi (gambar).

Bishnoi berkata demikian kepada media semasa dibawa ke mahkamah Jodhpur dari penjara Faridkot.

Sementara itu semasa dibicarakan samseng terbabit mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan, sebaliknya mendakwa dia diperangkap.

Selain tuduhan peras ugut, gengster itu juga dikaitkan dengan sekurang-kurang 20 jenayah berbeza, termasuk cubaan membunuh, menculik merampas kereta dan merompak di pelbagai daerah di sekitar jajaran Punjab - Haryana.

Namun banyak pihak beranggapan ancaman Bishnoi itu tidak lebih daripada sekadar aksinya untuk mencipta sensasi.

Lihat Komen