malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tukang tegur, pengutuk buat masalah Iqram kian kronik
Diterbitkan:  Jan 8, 2018 9:00 PM
Dikemaskini: 1:06 PM
ADS

Keadaan dialami pelakon Iqram Dinzly mungkin dapat dikawal jika tumpuan tidak diberikan kepadanya oleh pelbagai pihak kerana apa yang berlaku sekarang memburukkan keadaan.

Menurut penyanyi rap, Caprice, pendekatan terbaik dapat diambil kini ialah tidak membuat sebarang provokasi terhadap Iqram, sebaliknya menawarkan bantuan pakar atau campur tangan daripada pihak yang sepatutnya.

Kata Caprice pelbagai aksi aneh yang memenuhi ruang media sosial Iqram menandakan aktor terbabit sebenarnya sedang meminta bantuan secara tidak langusng dan ia tidak disedari oleh orang kebanyakan.

“Daripada cara pengamatan saya, lelaki ini tidak sihat dan dia sedang meminta bantuan.

“....kerana kamu tidak menyerang dan memprovokasi seseorang yang tidak sihat.

“Dia amat jelas kurang sihat, tidak sesuai diejek, dia tidak sesuai dipersoalkan, dia memerlukan bantuan dan campur tangan,” katanya melalui akaun Instagram.

 

 

You are a part of the problem. 🔫

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sering menggunakan media sosial untuk memperkatakan tentang isu semasa melalui media sosialnya.

Iqram sekali lagi mencetus kontroversi apabila merujuk Nabi Muhammad SAW dengan panggilan "Che Mat" saja ketika diwawancara sebuah rancangan hiburan TV tempatan.

Kenyataan Iqram itu mengundang reaksi seorang pendakwah bebas Abu Syafiq Al-Asy'ary.

Dalam segmen berkenaan, Iqram sebenarnya berkongsi luahan perasaan kerana sering dituduh tidak siuman ekoran video yang memaparkan dia membuat aksi pelik di media sosial.

Ular dalam semak

Menurut Abu Syafiq, gelaran seperti itu dianggap suatu penghinaan kepada Nabi Muhammad.

“Kita perlu berhati-hati menyandarkan nama kepada Nabi Muhammad. Allah berfiman bahawa janganlah kamu jadikan panggilan rasul antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian lain.

“Apabila nak menyebut kita mesti memuliakan nama Nabi Muhammad SAW. Itu dalam bab menyebut nama nabi, kalau kita berhadapan adakah kita akan memanggil Rasullullah sebagai Che Mat?" katanya.

Menurut Caprice, semua “perhatian” yang dihalakan kepada Iqram ibarat menjadi sebahagian daripada masalah besar didepani pelakon Evolusi KL Drift itu.

“Sekarang pihak agamawan menyerangnya. Memberi provokasi kepada dia, kamu adalah masalah. Jika kamu adalah media tetapi membenarkan dia mengucapkan perkataan pelik di TV dan jika kamu adalah ustaz yang menyerang dia, kamu juga adalah sebahagian daripada masalah,” katanya.

 

 

Sampah ? Lagi aku nyampah ular dalam semak bersepah . Bertulis di FB , ikut cara nabi ? Salah ni ! Ini semua cara yahudi . Acapkali aku berkata kata kenali diri , kenali seni . Sekiranya ada khilaf , ya diri ini minta maaf dan mohon tunjok ajar bukan dengan mencaci dan menjatuhkan hukuman sendiri ? Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untok aku memperhalusi seni diri dengan menghukomi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi , hanya perkataan ‘ CHE MAT ‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi . Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ? Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini . Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini... tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini . Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti . Berfikir #positivity | #positiviti itu hadir disisi dengan izin Illahi . @bawaabata.merebucks mensyukori cara @meloditv3 , Pertingkatkan Prestasi | Elakkan Kontroversi . Hamba sambut dengan terima kasih demi Allah dikasihi . #nyahkannegativiti | #paksikanpositiviti . ✌️😜👍 #prinxchiqydinzly Buat #netizen yang dihormati , HATI HATI . Jangan sampai dajjal menguasai diri kau mati dengan #negativity . 🧐 #dinzlystudiotalaqqi #ipoh #perak #malaysia #zoneprinxchiqypositivitydinzly #lv #lvdinzly #lvreview #iqreview

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

 

Dalam pada itu, Abu Syafiq menggesa pihak Jabatan Agama Islam Perak memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakon berkenaan.

Selain memberi gelaran kepada Nabi Muhammad, Iqram sebelum ini juga pernah menconteng kalimah Allah pada dahinya.

Sementara itu, Iqram melalui Instagramnya memohon maaf sekiranya Abu Syafiq telah tersalah faham mengenai apa yang cuba disampaikannya.

“Jadi kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina nabi, hanya perkataan CHE MAT setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad SAW itu penghinaan persepsi.

“Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah SAW yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri?

“Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi, sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi?" katanya.

Iqram mengakhiri coretannya itu dengan menyatakan minatnya untuk bertanyakan mengenai hal berkenaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad.

“Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini. InsyaAllah, Allah lebih Maha mengetahui niat di hati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini,” katanya.

Lihat Komen