malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Najib bertemu lagi Rajnikanth, kali ini di M'sia
Diterbitkan:  Jan 5, 2018 10:13 PM
Dikemaskini: 2:20 PM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi bertemu dengan ikon filem Tamil, Rajnikanth tetapi kali ini di Malaysia.

Najib memberitahu sangat gembira untuk bertemu Rajnikanth.

"Enjoy your time here," kata Najib di Twitter.

Mac tahun lalu, Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bertemu pelakon handalan itu di kediamannya di Chennai.

Malaysiakini ketika itu memetik laporan portal berita India, The Telegraph, yang menyatakan Najib serta Rosmah Mansor, meminta untuk bertemu Rajnikanth sempena lawatan mereka ke negara itu.

Portal berkenaan berkata, pasangan terbabit menjadi peminat Rajnikanth ketika beliau berada di Melaka untuk menyiapkan penggambaran filem Kabali.

Parti Rajnikanth

Pada ambang tahun baru 2018 ini, superstar itu yang disebut agensi berita BBC sebagai pelakon paling mahal Asia mengumumkan memasuki politik.

Agensi berita AFP melaporkan pelakon berusia 67 tahun itu berkata akan membentuk parti politknya sendiri bagi menghadapi pilihan raya negeri India.

Rajnikanth berkata menjadi tugas beliau mengubah sistem di negeri Tamil Nadu.

Tamil Nadu kehilangan ketua menterinya Jayalalithaa Jayaram yang meninggal dunia tahun 2016 lalu.

Jayalalitha juga merupakan bekas bintang filem.

Lihat Komen