malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mell Sakura Band sah bergelar isteri Wan 6xth Sense
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 4:46 PM
Dikemaskini: 8:53 AM
ADS

Vokalis Sakura Band, Mell selamat bergelar isteri kepada pemain dram kumpulan 6xth Sense, Mohammad Safwan Hasnan atau Wan dengan sekali lafaz pagi tadi.

Mell atau nama sebenarnya Melley Matius, 29, dinikahkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

“Alhamdullilah semua berjalan lancar. Terima kasih yang sudah mendoakan,” katanya melalui perkongsian di Instagram.

Mell sebelum ini diberitakan memeluk Islam namun merahsiakan statusnya daripada umum kerana khuatir dengan penerimaan masyarakat.

Namun Mell membuka rahsia itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Oktober lalu.

Selepas melangkah ke alam perkahwinan, kini Mell berazam untuk terus mendalami Islam tanpa jemu selain nekad untuk bertudung perlahan-lahan.

Lihat Komen