malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
PM doakan Zizan kembali 'kejar penjenayah'
Diterbitkan:  Nov 23, 2017 5:52 PM
Dikemaskini: 10:03 AM
ADS

Kisah pelakon Zizan Razak yang jatuh pitam ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 baru-baru ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Komen pemimpin negara itu terselit di antara ribuan ucapan daripada peminat yang mendoakan aktor kesayangan mereka agar segera sembuh.

Get well soon Zizan. Saya doakan cepat sembuh, kembali kejar penjenayah dalam Polis Evo 2,” tulis akaun @najib_razak menerusi Instagram.

Sebaik komen itu dibuat, kebanyakan peminat yang mengikuti perkembangan pelakon, pengacara dan pelawak itu turut memberi respon dengan menggunakan tag nama Najib di ruangan komen.

Malah pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak, 33, itu juga tidak ketinggalan membalas ucapan dibuat Presiden Umno itu.

“Insha-Allah Datuk seri. Saya akan usaha yang terbaik demi menjaga keamanan Malaysia. I love u Datuk Seri. ❤️❤️❤️,” katanya.

Selain nama Najib, pengikut-pengikut setia Zizan di akuan media sosial itu turut meletak tag nama @emma_maembongofficial, bekas kekasihnya Emma Maembong.

Naib Johan Juara Raja Lawak itu sebelum ini mengakui kurang sihat akibat terlalu letih kerana memberi fokus berlebihan kepada kerjayanya.

Pada masa sama, pelakon Abang Long Fadil itu turut mengingatkan insiden terbabit menunjukkan bukan mudah bagi seorang anak seni sepertinya untuk menghasilkan sesebuah filem.

“Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem,” katanya.

Terdahulu, Zizan pernah membuat aksi manja apabila melentok di bahu Najib sebaik menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017.

Anugerah itu disampaikan oleh Najib bersempena Minggu Media Sosial Malaysia 2017.

 

Lihat Komen